” Like mader laa… Comeyyy amattt.. “

Phone Dato Fizz Fairuz Kena H4ck Dengan Anaknya Arianna. Apalah Yang Arianna Dah Buat Tu. Alahai, Comel Sungguh !!

Siapa tidak kenal pelakon Fizz Fairuz atau kini dikenali sebagai Dato’ Fizz Fairuz. Pelakon drama popular , Nur Kasih ini diberi nama Mohd Fairuz bin Zainal Abidin. Dilahirkan pada tanggal 22 Oktober 1979 dan merupakan anak keempat daripada sembilan adik beradik.

Dato Fizz Fairuz telahpun mendirikan rumahtangga bersama aktress Almy Nadia pada 26 April 2014. Hasil perkongsian hidup ini telah memberikan beliau tiga orang cahayamata perempuan yang diberi nama Nur Afrina Arianna, Nur Aurora dan Nurafrina Ayra.

Umum mengetahui bahawa ketiga-tiga anak perempuannya itu amat manja dengan ayahnya. Seringkali dapat dilihat video dan gambar Dato’ Fizz dikepit dan diapit oleh ketiga-tiga permata hatinya itu ke mana sahaja. Wah beruntung sungguh disayangi anak-anak sampaikan Datin Almy sendiri tak dapat kesempatan berdamping dengannya.

Menerusi akaun Instagram, Fizz Fairuz telah memuatnaik satu video dimana anaknya Arianna sedang asyik mengomel membuat live review. Wah dah sebijik ibunya Datin Almy ni. Dengan pipi tembamnya, alahai kenapa comel sangat ni !!

Jom tonton video di bawah :

” Arini check fone, rupanya kena h4ck fone saya.. Hhhmmm.. Dia buat reveiw pulakkk… Amboiiiiiii.. Ada password tu, dia boleh bukak pulakkk.. Adoiiii cc @almynadiaofficial.. “

Rata-rata peminat nyata terhibur melihat telatah anak Fizz Fairuz ini. Antara komen-komen peminat :

” Alamak comelnyaa sebijik gaya mama dia.. “

” Like mader laa… Comeyyy amattt.. “

” Lorr ni copy paste mak dia ke cemana ni.. Pe comey bebenor ni dik.. “

” Tuuuu dia anak dah besar dahh hehheheheh.. “

” Masyaallah… Bijak.. “

” Hahahaha ingat datin almy tadikkk.. “

” Kemain ye budak gebusss ni.. “

” Takpe dato’ tukang review come lote.. “

Alahai pandai betul si pipi pau comel ni. Kecik-kecik dah pandai buat review. Ni mesti hari-hari perhati mamanya buat live sampai terikut-ikut tapi gayanya Arianna lagi win dari Datin Almy. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga keluarga Dato’ Fizz Fairuz sentiasa dilimpahi rezeki yang tak putus-putus di masa hadapan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG dato’ Fizz Fairuz by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..