” Mommy memang berhajat untuk tengok anak-anak mommy jadi Al Hafiz sebelum mommy tutup mata.. “

Rita Rudaini K0ngsi Video Anak Sul0ngnya, Rayyan Hafaz Surah Ketika Menunaikan Umrah Buat Ramai Yang Menjadi Kagum !!

Pejam celik cepat sungguh anak-anak pelakon Rita Rudaini ini membesar hasil perkahwinannya bersama Aidil Zafuan terdahulu. Melihat gelagat dan keletah anak-anakmya membuatkan ramai terhibur. Rita mempunyai dua orang anak lelaki iaitu, Airit Rayyan Rizqin, 10 dan Airit Rafqa Arjuna, 8.

Sekali pandang, Rayyan lebih nampak mengikut iras wajah ayahnya, sementara adiknya Arjuna mngikut wajah ibunya. Rita Rudaini atau nama penuhnya, Rita Rudaini binti Mokhtar merupakan seorang pelakon dan model. Rita mula dikenali melalui filem Mami Jarum Junior hingga memberikannya pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18 tahun 2004.

Dahulu, Rita pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja 98/99 , dan berjaya menjadi finalis. Pada tahun 1999, Rita disunting pengarah tersohor, arwah Yasmin Ahmad untuk muncul dalam iklan PEPSI. Dalam iklan tersebut, Rita melakonkan watak sebagai rakan baik kepada penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza.

Menerusi Instagram, Rita telah berkongsi gambar dan video beliau bersama anak-anaknya baru-baru ini telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah.  Rita juga telah berkongsi satu video, anaknya Rayyan sedang menghafaz surah di dalam sebuah masjid ketika berada di Makkah.

Ikuti perkongsian Rita Rudaini di bawah :

” Mommy mmg berhajat utk tgk anak2 mommy jd al hafiz sebelum mommy tutup mata… anak2 lelaki saham mommy di sana…. insyaallah moga di perkenankan olehNYA….  #theAiritsjourney.. “

Rata-rata peminat begitu sebak dan terharu apabila melihat video yang dikongsi oleh Rita itu. Antara komen-komen tersebut ;

” Sejuk hati tgk… Sis mommy yg bagus… Cara didikan dri kecik dh teratur.. “

” Aminn.. moga sis terus kuat n tabah utk besarkan ank2.. sy kagum dgn kehebatan sis.. “

” Aamiin ya allah ya rabbal a’lamin… Niat yang baik.. Pasti Allah perkenankan. In shaa allah.. “

” Saya sgt2 adore dgn kak @ritrud727 membesarkan anak. Struggle sgt2. Moga bahagia milik Akk suatu hari nanti. Dan anak2 akk terus menjadi anak yg soleh.. “

” Aamiin, semoga Allah perkenankan doa @ritrud727 kerana doa ibu tiada hijab.. “

” Rasa2nya ayahnya nangis x tgk video ni, salute to u sis.. “

Sejuk mata memandang apabila melihat anak Rita Rudaini ini sedang menghafaz surah. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga segala hajat dan impian Rita tersebut di makbulkan oleh Allah. Kepada Rayyan, bila dah besar nanti, ingatlah peng0rbanan dan jasa ibu kepada Rayyan, jadi anak yang soleh dan sentiasa bersama ibu dalam apa jua keadaan. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG  Rita Rudaini by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..