” Alhamdulillah selamat datang ke dunia sayang.. “

Fakhrul UNIC Selamat Menimang Cahaya Mata Baru. Debaran Menunggu Di Bilik Bersalin Bertukar Gembira. Yey Akhirnya Abang Muqri Ada Geng. Tahniah !! 

Siapa sahaja tak kenal kumpulan nasyid tersohor UNIC. Suatu ketika dulu, pernah melet0p2 gara2 ahli kumpulan yang hands0me dan comel. Bernaung di bawah label Hijjaz Records, UNIC mula mengorak langkah. Kumpulan UNIC juga berjaya merangkul gelaran juara bagi pertandingan Gema Gegar Vaganza

Salah seorang ahlinya, Fakhrul atau nama nama penuhnya Mohd Fakhrul Radhi dilahirkan pada 6 April 1986 di Alor Setar, Kedah. Memiliki ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Fakhrul antara artis nasyid yang masih bertahan sehingga ke hari ini. Selain dikenali kerana kumpulan UNIC, Fakhrul juga terkenal kerana menjadi juara pertandingan Akademi Al-Quran musim yang ketiga.

Semua sedia maklum bahawa Fakhrul telahpun mendirikan rumahtangga bersama pasangan pilihannya bernama Syahirah. Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan 2 orang anak. Terkini isterinya baru sahaja melahirkan cahayamata mereka yang ketiga.

Menerusi akaun Instagram, Fakhrul memaklumkan isterinya sudahpun sel4mat melahirkan anak ketiga mereka, seorang bayi lelaki. Bahagia sungguh raut wajahnya bila ada geng baharu. Sad0 sungguh baby mencapai 3.66 kg bak kata Fakhrul !

Baca perkongsian Fakhrul di bawah :

” 2/12/2019 jam 3.10 pm, Alhamdulillah kakak pada adik ipar saya iaitu isteri saya telah selamat melahirkan baby boy 3.66 kg.. Sado bukan? Sila save date tu, sebab baby nak hadiah banyak2. . “

” Anak dan isteri kedua2nya selamat. Tq doktor dan nurse hospital Sungai Buloh.. Tq atas doa semua. . “

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّالِحِينَ

“ Wahai Tuhanku, kurniakan padaku anak dari kalangan orang-orang yang solih” (as-soffaat : 100)

Rata-rata peminat mengucapkan ucapan tahniah atas khabar gembira ini. Kegembiraan yang jelas kelihatan buat keluarga bahagia ini. Antara komen-komen peminat :

” Alhamdulillah, tahniah Ustaz @fakhrulunic dan isteri, moga menjadi anak yang soleh , Ameen.. “

” Alhamdulillah tahniah bangggggg.. “

” Mabruk ustaz hehe yey Muqri ada geng dah haha.. “

” Tahniah. Moga membesar jadi anak soleh.. “

” Sama birthday lahh anak abang fakhrul dengan saya. Tahniah abg Fakhrul dan isteri.. “

” Kakak kepada adik ipar. Hmm lama betul saya pikir.. Tahniah bangcik.. “

” Tahniah ustaz @fakhrulunic moga anak itu menjadi anak yang soleh dan permata ibu ayah yang terbaik.. Aamiin… Tahniah.. “

Nampaknya peminat juga bergembira dengan berita ini. Segulung tahniah diucapkan kepada Fakhrul dan isteri. Moga kehadiran cahayamata baharu menambahkan lagi kebahagian keluarga ini.  Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Fakhrul sentiasa dimurahkan rezeki di masa depan.. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fakhrul Unic by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..