” Ibu bangga dengan semangat kau.. “

Pelakon Umie Aida Kongsi Gambar Konvokesyen Anaknya. Ucapan Umie Untuk Anaknya Buat Ramai Yang Sebak !!

Umie Aida atau nama penuhnya, Umi Khalsum binti Rahmad Ali adalah seorang pelakon terkenal Malaysia. Dilahirkan pada 18 Januari 1973 di Kuala Lumpur dan kini berusia 46 tahun. Adik kepada pelakon dan pengarah , Erma Fatima dan kakak kepada pelakon Betty Rahmad.

Bergelar pelakon, model dan penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1991. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Dewi Remaja 1990/91. Manakala filem lakonannya seperti Senario Lagi, Jimi Asmara, Leftenan Adnan, Embun dan Pu4ka Tebing Biru.

Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang sembilan tahun lebih tua daripadanya. Mereka berkahwin di hadapan Kaabah, Masjidil Har4m, Mekah pada 14 Mac 2010. Selepas bergelar isteri, beliau lebih selektif dalam memilih tawaran lak0nan.

Hal ini kerana, beliau ingin menumpukan perhatian terhadap tugasan menguruskan suami dan anak-anak, Daniel dan Dzul serta dua anak tiri hasil perkahwinan Khairuddin yang terdahulu. Selain itu, beliau juga telah mengambil seorang bayi perempuan sebagai anak angkatnya dan diberi nama Aisya Humaira.

Menerusi akaun instagram, Umie Aida telah berkongsi beberapa video dan gambar anaknya iaitu, Mohd Dzulhelmy, 25 tahun yang telah menamatkan pengajian di sebuah Universiti tempatan, dan beliau meluahkan perasaan gembira dan bersyukur atas kejayaan yang diperolehi anaknya.

Baca perkongsian Umie Aida dibawah :

Alhamdulilah… Segulung ijazah yang kau genggam hari ini adalah hasil usaha kau yang tak kenal erti “put0s asa” ! Tahniah @dzulhelmy22 kegag4lan dulu tidak memat1kan semangat kau ! kau cuba dan cuba..”

” Alhamdulilah.. Ibu bangga kerana semangat kau. Itu pengajaran yang mahal yang kau akan gunakan dalam kehidupan seterusnya. Usaha tangga kejayaan & never give up .. “

Rata-rata peminat telah mengucapkan tahniah kepada Umie Aida dan anaknya atas kejayaan yang diperolehi pada hari ini. Antara komen-komen netizen :

”  Tahniah Umi kamu mendidik hingga berjaya. sabagai saorang nenek turut tumpang bangga.. “

” Alhamdulillahhhhh! Congratulations dzulhelmy22 kodek & ibuuuu! All the hard work & determination really paid off. Semoga anak2 ibu @umieaida9 berjaya dunia & akhirat .. “

” Tahniah utk ank Datin Seri..”

” Alhamdulillah tahniah.. moga aisha juga akn ikut jejak abgnye ye bijak n mmbgga kn ibu.. aammiin .. ”

” Congratulations Cody @dzulhelmy22 and proud mummy.. “

” Tahniah Umi.. Semoga dzul terus berjaya .. “

Wahhh.. Jelas kelihatan si Ibu, Umi Aida berasa gembira dan bangga atas kejayaan yang diperolehi oleh anaknya. Ibu mana tidak merasa bangga dengan hasil titik peluh anaknya. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Mohd Dzulhelmy atas kejayaan hari ini. Semoga terus berjaya. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Umie Aida by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..