” Makin cantik Mika. Happy Birthday Mika !! “

Gambar – Gambar Sambutan Hari Lahir Naera Mikayla, Anak Nabil Ahmad Yang Begitu Meriah Sekali. Comelnya Anak-Anak Nabil !!

Haji Ahmad Nabil bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil Ahmad ialah seorang pelawak, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan pelakon. Beliau terkenal sejak menjuarai musim kedua rancangan realiti pencarian bakat komedi Raja Lawak Astro. Disebabkan itu beliau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak oleh orang ramai.

Kini, Nabil mengacarakan rancangan hiburan popular iaitu MeleTOP dan Gegar Vaganza. Nabil juga turut melibatkan diri dalam lakonan filem dan siri TV tempatan. Boleh dikatakan Nabil merupakan seorang pelawak solo yang paling popular di Malaysia.

Nabil telah berkahwin dengan bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub pada 30 September 2011. Perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan yang comel bernama Naera Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.

Menerusi akaun Instagram, Nabil dan Zira berkongsi gambar-gambar sekitar sambutan hari lahir anak sulung mereka, Naera Mikayla yang ke tujuh tahun. Bertemakan kartun animasi Teen Titan, majlis dilihat begitu meriah sekali.

” Naera Mikayla turn 7 “

View this post on Instagram

Naera Mikayla turn 7 😁

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

Rata-rata netizen mengucapkan selamat hari lahir kepada Mikayla. Antara komen-komen mereka :

” Hapi besday princess Naera Mikayla “

” Happy birthday Naera Mikayla, semuga menjadi anak yg akan membanggakan kedua ibu dan bapa mu aamin.. “

” Happy birthday Mika.. umur sama dgn Anak Aunty.. Tp birthday dia 22.12.. “

” Happy brthday princess mika be a good grl dear n always happy.. “

” Wahhh you look so beautiful sayang  sis love you mika  … happybirthdaytoyou.. “

” Makin cantik Mika.. Happy Birthday Mika!!  Moga jadi anak yg soleh.. bahagia dunia akhirat.. “

” Hapy bornday mika yg gojes… cantiknya awk.. tema besday pun curlas sgt… “

” Happy birthday beautiful.. “

Lagi gambar sekitar majlis hari jadi tersebut :

Cepat sungguh masa berlalu. Dah besar anak sulung Nabil dan Zira. Cantik dan semanis ibunya. Kami di Berita Kopak mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke tujuh tahun kepada Naera Mikayla. Semoga menjadi anak yang solehah dan bijak di dunia dan di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nabil Ahmad, Zira Ayub by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..