” Alamak !! Dayang panggil you baby.. “

Video Hael Husaini Live Instagram Dengan Netizen Tapi Kant0i Bila Dayang Call Panggil Hael Baby. Part Paling Lawak, Bila Tengok Muka Hael Jadi Malu. Kan Dah Menggelup0r, Siapa Suruh Buat Loud Speaker, Satu Malaysia Dah Dengar !!

Sebelum ini, Dayang Nurfaizah telah berkongsi beberapa foto bersama Hael Husaini ketika mereka bersama-sama berada di sidang media Anugerah Juara Lagu ke-34. Gambar tersebut telah menjadi bualan netizen gara-gara pasangan ini tampil dengan memakai rantai dan loket yang sama. Namun, sehingga kini pasangan ini tidak pernah mengakui bahawa mereka sedang hang4t bercinta.

Pada 28 Disember 2019 , Dayang telah mengadakan konsert sempena dua dekad beliau di Singapura sempena 20 tahun dalam industri muzik . Dalam konsert berkenaan, Hael Husaini juga turut ada di sana dan pasangan ini juga telah berduet bersama menyanyikan lagu ‘Hari Ini’ dan mendapat sorakkan daripada penonton-penonton di konsert itu.

Hael Husaini pernah membuat kej0tan dengan kembali berkolaborasi dengan Dayang Nurfaizah menerusi lagu Hari Ini yang sebelum ini dirakam secara solo. Hari Ini adalah hasil ciptaan dan nyanyian Hael dilancarkan pertengahan tahun lepas dan tiada siapa tahu ada perancangan duet dilakukan oleh Hael.

Menerusi Instagram Eastzue telah berkongsi satu video Hael sedang membuat live di Instagram. Ketika sedang bersiaran langsung itu, Hael telah mendapat panggilan dari seseorang.  Hael telah membuka pembesar suara, dan netizen dapat meneka bahawa suara tersebut adalah Dayang Nurfaizah.

Ikuti perkongsian video itu di bawah :

” Baby yerrrrr.. Menggelup0r ekau jang.. “

Rata-rata netizen turut terhibur dengan video yang telah dikongsikan itu, lebih-lebih lagi melihat reaksi Hael apabila Dayang memanggil ‘baby’ terhadapnya. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Padan muka Hael .. Nak kena kan org.. Skali dia yg ter kena.. “

” Comel sungguh lah baby dua ketul ni. Yg paling penting manja interaction memasing manja bebeno.. “

” Alamak !! Kakak you panggil you baby.. “

” Suka sangat tengok live prince Hael dgn QD sweet sangat. entah brapa kali ulang NAH.. “

” Tu psl kna plan.. Kan dah kant0i.. Satgi ada yg kna cub1t.. Nasib laaa hak hak hak .. “

” Muka mcm hampa sikit sebab shayang dia x angkat fon huhuhu. Lepas shayang dia call balik muka byk happy hahaha baby…. Baby… Kantoi dah 2 org baby.. “

” Tp suara kakak tu kite kenal sgt tau… Idola kita tu Hael..”

Alahai, sweet sangat Dayang dengan Hael yer. Dah panggil Baby, Baby tu tak kan tak special lagi kut. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat mereka berdua ini, dan Kami dari Berita Kopak juga turut mendoakan semoga Hael dan Dayang cepat-cepat naik pelamin. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eastzue, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..