” Dumbbell ni lagi padu.. “

Video Betty Rahmad Dan Suami Bersenam Dengan Menjadikan Anaknya, Ardywira Sebagai Dumbbell Buat Ramai Terhibur Melihat Reaksi Ardywira. Amboi, Bukan Main Suka Dia !!

Betty Rahmad merupakan seorang pelakon dan juga adik kepada pelakon Umie Aida serta pengarah terkenal Erma Fatima. Betty mengikuti jejak langkah kakaknya dengan menceburi bidang seni. Betty pernah berlakon dalam drama bersiri Adam dan Hawa, Ammara Batrisya, Pengantin Untuk Dijual dan Andalusia.

Betty juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Beliau pernah menyumbangkan suara untuk lagu tema filem Suami Aku Ustaz, Mak Cun dan Ammara Batrisya. Betty juga pernah menyertai uji bakat rancangan realiti Akademi Fantasia musim kedua dan ke-9 suatu masa dulu.

Pada 6 Februari 2018, Betty telah berkahwin dengan Ardy Damis. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel bernama Ardywira. Betty sering memuatnaik keletah Ardywira di akaun media sosialnya dan selalu mendapat perhatian netizen.

Menerusi akaun Instagram, Betty memuatnaik videonya bersenam dengan menjadikan anaknya, Arywira sebagai dumbbell. Selain Betty, suaminya juga turut mengangkat Ardywira sebagai salah satu cara untuk bersenam. Menurut Betty, berat badan Ardywira kini mencecah 11 kilogram. Wow, m0ntel sangat !

Tonton video di bawah :

” Antara kebaikan ada anak 11kg.. “

Rata-rata netizen terhibur melihat reaksi Ardywira apabila diangkat oleh ibu dan bapanya. Antara komen-komen mereka :

” Function sgt omeyyyyy “

” Dia sukeeeeee aih ger4mmmmnyaaa.. “

” Ngaku cepat siapa yg tgk video nie pastu terikut mummy exersice.. “

” Mesti mummy dia leng0h tangan.. “

” Wira pun exercise sama.. Balik siap lah tidur berdengkur baby wira penat… baik jugak idea ni mcm alat gym pulak.. “

” Suka dia mummy dia buat cmtu.. senyuman dia tuuuu.. “

” Dumbbell ni lg padu.. “

Amboi, bukan main suka lagi Ardywira apabila dilambung-lambung. Senyuman sehingga ke telinga. Boleh kurus ibu dan bapa Ardywira jika selalu bersenam cara ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ardywira membesar menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Betty Rahmad by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..