” Aku pun go0gle la siapa dia Lisa Blackpink ni, ohh cantik Aisyah lagi.. ” – Netizen

Video Reaksi Aaisyah Dhia Rana Apabila Ada Yang Komen Wajahnya Seperti Lisa Blackpink. Part Aaisyah Jawab Soalan Kalau Aaisyah Jadi Lisa, Mommy dan Daddy Jadi Apa Buat Netizen Terhibur. Lawak Lah Hang Ni Ecah !!

Comel dan pandai bergaya seperti ibunya Rozita Che Wan, menjadikan Aaisyah Dhia Rana sebagai anak artis yang sering menjadi perhatian di media-media sosial. Aaisyah yang memiliki wajah kacukan Melayu-Inggeris ini sangat fasih berbahasa melayu dan juga pandai bercakap dalam loghat utara.

Telatah dan gelagatnya yang sering dikongsikan di laman Instagramnya sering mendapat tontonan dan tanda suka yang tinggi daripada peminat-peminatnya. Sehingga kini, akaun Instagram Aaisyah telah pun mencecah 1.5 juta followers. Bukan sahaja Che Ta yang terkenal malah anaknya juga mempunyai peminat yang ramai.

Seperti kanak-kanak seusianya, Aaisyah juga mempunyai hobi tersendiri untuk diisi masa lapang. Namun begitu  Aaisyah lebih suka kepada menyanyi dan menghias diri. Gelagat Aaisyah menyanyi dan juga menari sering dimuatnaik buat tatapan peminat. Tidak jemu-jemu melihat telatah Aaisyah yang makin lama makin comel ni kan !!

Terbaru, menerusi laman Instagram milik Aaisyah Dhia Rana, sebuah video telah dimuatnaik. Video tersebut menunjukkan Aaisyah sedang berbual-bual dengan seseorang wanita yang tidak dapat dikenalpasti. Aaisyah telah ditanyakan mengenai komen netizen yang menyatakan persamaan wajah Aaisyah dengan Lisa Blackpink.

Apa yang menariknya, apabila soalan diajukan kepada Aaisyah, sekiranya Aaisyah adalah Lisa Blackpink, Mommy dan Daddy Aaisyah pula jadi apa. Aaisyah tidak teragak-agak untuk menjawabnya. Jawapan yang diberikan oleh Lisa membuatkan perempuan wanita itu ketawa.

Ini adalah perkongsian tersebut. Jom tonton !!

View this post on Instagram

Betui ka muka aaisyah mcm lisa @blackpink 😀

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

Entri tersebut mendapat respon yang pelbagai daripada netizen. Mereka menyatakan Aaisyah lebih cantik daripada Lisa Blackpink. Ini antara komen-komen mereka :

” Aisyah lebih cantik tak terkira, jauh bezanya bijak Aisyah ni.. “

” Pandai nya jawab. Makin besar makin comel la Aisyah ni.. “

” Ya Allah macam barbie d0ll, cantik sgtttt, aha Aisyah lagi cantik dari lisa blackpink.. “

” Walaupon aunty minat lisa, tapi Aisyah lagi cantik dari dia.. “

” Aku pun go0gle laa sapa dia lisa black pink ni, ooo cantik Aisyah lagi.. “

Setiap orang memiliki kecantikan tersendiri. Sama ada cantik dari segi rupa paras mahupun cantik dari segi akhlaknya. Semuanya adalah anugerah daripada Ilahi yang perlu dihargai. Apa-apa pun Aaisyah sememangnya kanak-kanak yang comel dan semoga Aaisyah menjadi insan yang berjaya kelak.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana, Rozita Che Wan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..