” Ad0i nyanyi santai-santai jer tu, habis merem4ng.. ” – Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Terharu Cakra Khan Datang Bertemunya Sebelum Konsert Music Of The Soul. Wah Sempat Lagi Berduet Lagu Seluruh Cinta. Menyanyi Santai-Santai Pun Padu, Suara Macam Telan Kaset Dua-Dua !!

Pada 5 November dan 6 November yang lepas, penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah pun mengadakan persembahan eksklusif Music Of The Soul dan ianya mendapat sambutan hang4t daripada peminat-peminat DS Siti.

Meninjau akaun Instagram DS Siti Nurhaliza, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pertemuan antara DS Siti dan penyanyi popular negara jiran, Cakra Khan. Cakra juga merupakan rakan duet DS Siti dan lagu duet mereka masih menjadi pilihan pendengar berjudul Sepenuh Cinta.

Kata DS Siti, sekalipun Cakra tidak sempat menghadiri malam persembahannya, namun DS Siti terharu Cakra datang berjumpa sebelum konsert ini. Dalam video ini juga, peminat dapat mendengar 2 figura ini menyanyikan sedikit lagu duet mereka.

Seperti telan kaset, itu antara komen peminat selepas mendengar nyanyian DS Siti dan Cakra. Lagu Sepenuh Cinta ini juga sehingga kini telahpun mencatatkan sebanyak 76 juta tontonan di Youtube. Fuh bukan biasa-biasa aura dua bintang ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh DS Siti ini telahpun meraih ribuan likes daripada warganet dan antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :

” Lagu duet kak iti semuanya sedap.. dgn hafiz, faizal tahir, cakra khan, judika, m nasir, semua sedap belaka.. nak lagu duet baru.. “

” Ni betul-betul penyanyi terbaik, tanpa iringin muzik pun lemak merdu.. tak perlu try hard sangat.. “

” Kak Iti suara tu telan kaset ke. sama je dari dulu sampai sekarang, ee suara emas betul la.. “

” Nyanyi spontan pun merdu berlemak. Haduh kita suka g1la lagu ni. kekal sampai sekarang jadi ringtone.. “

” Aduhai sedapnya, impromptu saja pun dah sungguh merdu. Dengarlah bila bila pun lahgu ni tetap sedap sangat.. “

” Ni br real voice tak masok studio pon suara macam kaset… Suara masih sama mcm 7 tahun lalu.. “

” Adoii nyanyi santai-santai jer tuhh abis merem4ng. Terbaek laa kak iti dan cakra khan. dua-dua suara gifted.. “

Kalau dapat berduet sekali lagi tentu melet0p lagu DS Siti dan Cakra ini. Peminat juga ada yang meminta untuk diadakan sekali lagi gandingan mereka berdua. Suara emas yang dig1lai oleh ramai pencinta muzik.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ctdk, IG Cakra Khan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..