” Cantiknya Tallisya, laa ingatkan lelaki tu Anuar Zain. Nak sama betul.. ” – Netizen

Sharifah Shahirah Kongsi Gambar Anaknya, Tallisya Bersama Bakal Suaminya Bertemakan Retro Klasik Raih Perhatian Ramai. Eh Ramai Yang Ingatkan Anuar Zain, Mirip Betul. Tallisya Pun Cantik Sangat, Macam Sakinah Sekali Tengok !!

Sharifah Shahirah atau dikenali sebagai Shiera Ijoy mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan bersama Jatt Ali bernama Tallisya. Tallisya bakal mengakhiri zaman bujangnya hari ini, 11 November 2022.

Meninjau akaun Instagram Shiera Ijoy, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan wajah Tallisya bersama bakal suaminya. Sepertinya gambar pre-wedding, tema retro klasik menjadi pilihan Tallisya dan bakal suaminya ini.

Cantik dan tak ubah seperti mak saudaranya, Sharifah Sakinah, itu yang dikatakan oleh warganet setelah melihat gambar ini. Si bakal suaminya pula berambut panjang dan ramai yang mengatakan wajahnya seakan Anuar Zain.

Sama cantik sama lawa, memang sepadan pasangan ini. Kata Shiera, Tallisya melar4ngnya untuk berkongsikan gambarnya itu namun tidak dipedulikan oleh Shiera. Maknya pun ‘masuk air’, hendak memahami tulisan Shiera pun sukar. Banyak betul typo nya itu Shiera, hehe.

Jom baca perkongsian di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Shiera ini telahpun meraih lebih 20 ribu tanda suka. Antara komen-komen warganet :

” Yeahhhhhhh cantik-cantik tallisya. caption mak nya ni kann haha. Tahniahh kakak dpt menantu.. “

” Cantik nyaa tallisya, mcm sakinah dgn anuar zain. Congratulations …dah dpt menantu sis.. “

” Laaah ingatkan lelaki tu anuar zain. Nasib baik baca komen, menantu rupanya. Aku laaaa.. kak rara ni.. jenuh aku nk pahamkan typo kau kak.. “

” Cantiknya anak dar4.. mcm tak caya je da nak dpat menantu kak shira ni. Cantik nya tallisya, sebijik photostat muka akak muda² remaja dulu kak… manissss.. “

” Congratulations Kak Shiera and Enjoys. Soon to be a nenek. Ingatkan sakinah td huhu. Cantiknya nmpk klasik.. “

” Igtkn kinah upenye same ngn mak sedarenye. Igt sakinah kawen anuar zain tadi, nk sama betul.. “

” Sekali pandang macam anuar zain. Ada iras-iras. very the classic yaa.. puas dok perati sape.. “

” Sy ingat sakinah tadi sekali imbas, cantik sangat. fuh klasik, ingat anuar zain tadi. Dapat menantu dah kak rara.. “

Bagai pinang dibel4h dua, tentu meriah majlis pernikahan Tallisya selepas ini. Sama-sama kita nantikan majlis akad nikah Tallisya dan pasangannya. Tahniah daripada kami untuk Sharifah Shahirah sekeluarga kerana bakal bertambah ahli keluarganya. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shiera Ijoy, IG Tallisya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..