” Senyap je, tahu-tahu dah kahwin. Study group membuahkan hasil.. ” – Netizen

Dengan Sekali Lafaz, Najwa Latif Selamat Bergelar Isteri Kepada Rakan Duetnya, Akwa Arifin. Start Dari Collaboration, Sekarang Terus Collaboration Sampai Jannah. Alahai Comel Dua-Dua Buat Gaya Masa Bergambar Atas Pelamin, Najwa Cantik Sangat !!

Penyanyi comel bernama Najwa Latif pernah popular dengan lagu Cinta Muka Buka suatu masa dahulu. Menyepi seketika daripada dunia hiburan, gadis ini meneruskan pengajian dalam bidang PHD dan dalam masa yang sama bergelar pensyarah.

Tiada angin, tiada r1but tiba-tiba sahaja peminat dikej0tkan dengan berita pernikahan Najwa pagi ini. Menerusi akaun Instagram Najwa Latif dan Era.je, telah dikongsikan gambar dan video Najwa Latif dan pasangannya, Akwa Arifin di atas pelamin. Untuk rekod, Najwa dan Akwa juga pernah berkolaborasi menjadi rakan duet untuk lagu Tak Kisah Pun sebelum ini.

Dengan sekali lafaz sahaja, maka bermula fasa alam rumahtangga buat Najwa dan Akwa. Najwa tampil berseri-seri dalam busana pengantin berwarna putih. Begitu juga Akwa kelihatan segak dalam baju Melayu putihnya itu.

Pendek sahaja coretan Najwa di kapsyennya berbunyi Alhamdulillah, kami dah grad ‘. Wah ceria betul pasangan pengantin baru ini. Tengoklah senyum lebar masing-masing, cinta muka buku sudah berteman lah.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian berita gembira ini mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada warganet. Antara komen-komen mereka :

” Class cancel ke teacher ? Study group membuahkan hasil.. Dua dua kelakor ni.. Agak dh, ni yg nyanyi lagu seliper je pun skali dgn dia kan.. “

” Tahniah kedua2nya.. terbaik, senyap2 ja tau dh kahwin.. semoga berkekalan hingga ke jannah hendaknya inshaAllah Aaminn.. “

” MasyaAllah barakah yang jumaat. semoga bahagia hingga ke syurga.. Tahniah.. Semoga sakinah, mawaddah wa rahmah.. Cantiknyaaaa.. cinta muka buku ke tak ni.. “

” Alhamdulillah .. omg ingatkan rapat gitu2 jerrr tak sngakaa smpai ke pelaminnn. congratulations.. Cinta di muka bukuuu.. Know2 dah kahwin, barakallah.. “

” Know2 dah kawin.. moga rumahtangga sentiasa dalam mawaddah warahmah.. Alhamdulillah tahniah njwalatif n suami, simple tp masyaallah cntik sgt.. “

” Antara artis yang Subhanallah talented but still low profile.. moga Allah memberkati kehidupan berpasangan dunia akh1rat aaamiin hingga jannah.. “

” Ya Allah cantiknyaa diaaaa.. Auwww so sweet loving couple.. akhirnya.. comey nyaaa dorang ni.. Alhamdulillah.. sudah kami jangka.. weeee.. tahniah semoga bahagia till jannah.. “

Akhir kata, tahniah daripada kami di Berita Kopak buat Najwa dan pasangannya ini. Semoga ikatan perkahwinan ini diberkati oleh Allah, dikurniakan kebahagiaan dan kegembiraan serta berkekalan hingga ke jannah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Najwa Latif, IG Akwa Arifin, IG Era.je

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..