” Abang tengah nyanyi ke jampi tu suruh adik tidur, haha.. ” – Netizen

MUA Bellaz Kongsi Video Gelagat Anak Lelakinya, Aidil Sedang Cuba Menidurkan Adiknya, Aisywara Buat Ramai Terhibur. Alahai Part Aidil Sebut ‘ Tidoq Lah Adik Abang Lopa’ tu Comel Sangat. Rajin Betul Abang, Boleh Harap Jaga Adik Dah !!

Pemilik nama Nur Nabila Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai MUA Bellaz merupakan jurusolek yang berbakat besar. Pada hujung bulan Julai yang lalu, Bellaz telah menimang cahaya mata keempatnya iaitu seorang bayi perempuan.

Memilih nama Nur Aisywara Nealofa buat anak keempatnya ini, dilihat Bellaz sekarang sering memuatnaik video dan gambar berkenaan Aisywara di akaun Instagramnya buat tatapan para pengikutnya.

Terbaru Bellaz ada memuatnaik video gelagat anak keduanya, Aidil sedang cuba untuk menidurkan Aisywara yang sedang berada dalam baby bouncer. Kedengaran Aidil berselawat dan menyanyikan lagu untuk Aisywara.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan yang Aidil seorang abang yang penyayang yang boleh diharap untuk menjaga adiknya. Sehingga kini video gelagat comel anak MUA Bellaz telah menerima lebih 21 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat gelagat Aidil mahu menidurkan Aisywara dan memuji kecomelan anak-anak Bellaz. Antara komen-komen menarik adalah :

”  Abang tengah nyanyi ka jampi tu suruh adik tidur, haha. Pandai noh Aidil lani, dah boleh harap jaga Lofa.. “

“Aoolo merdu suara abang, terus adik tido. Adik pun peha tu ayam kfc ayam mcd ja tengok, ee ger4m tengok lah.. “

” Hahahaha part ‘tidoq lah adik abg lopa’ tu comel g1la. Aidil ni memang nampak penyayang betul lah, sat ja dah besaq.. “

” Abang goncang kuat nk suruh adik tidoq cepat tu. Hehehe stg tkt adik terbang depan jenuh lah mama nk p ambik, haha.. “

” Tidoq la adik abg lopa pandai anak mom ni baik budi pekerti mom syggg abg. Moga jadi anak-anak yang baik ya.. “

” MasyAllah Kusssemangat penuh muatan buai tu, comel betol dua beradik ni. Bagus lah Aidil boleh dah harap tdoqkan Lofa.. “

” Mesti Lofa ni manja Abg Aidil nanti, nampak Abg Aidil sweet betul lah dgn Lofa. Sedap aik Abg Aidil nyanyi.. “

Pandainya Aidil, boleh jaga adik dah sekarang. Aisywara pun makin bamb4m membuatkan ramai yang ger4m tengok. Apa-apa pun semoga anak-anak Bellaz sentiasa sihat dan membesar menjadi anak-anak yang soleh serta solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG muabellaz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.