” Mahalnya lesung pipit tu, manis macam mamanya.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Terbaru Anakanda YAM Che Puan Besar Khaleeda, YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah Cur1 Perhatian Ramai. Makin Comel Puteri Zahrah Ni, Senyum Senget Dengan Lesung Pipit Tu Cute Sangat !!

YAM Che Puan Besar Khaleeda telah pun dikurniakan dengan 4 orang anakanda yang comel-comel semuanya. YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah, DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim dan YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah menjadi penyeri rumahtangga CP Khaleeda dan DYAM Tunku Ismail.

Meninjau akaun Instagram CP Khaleeda, telah dikongsikan beberapa keping gambar terkini puteri keduanya, Zahrah. Dipanggil Zarah oleh CP Khaleeda dan Tunku Ismail, rupa Zarah memang sangat mirip dengan kekandanya, Tunku Khalsom atau Lily.

Puteri kecil ini kelihatan bergaya dengan gaun dan handbag kecilnya. Kapsyen CP Khaleeda juga menarik perhatian ramai. Katanya Zarah hendak ke pasar tetapi pasarnya pula sudah tutup. Untuk rekod, Zarah yang dilahirkan pada April tahun lalu kini telah pun setahun lebih usianya.

Banyak mewarisi wajah ayahandanya, Zarah memiliki lesung pipit yang dalam sama seperti bondanya. Alahai memang manis melihat senyuman Zarah. Comel sahaja Zarah membuat senyuman yang senget sebegitu.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian ini sehingga kini telahpun mendapat lebih 50 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen :

” Ala so comelnya anak dar4 princess ni. Sebijik kakak sulung nya. Lesung pipit dia. Shooooo cuteee.. “

” Hahaahha So0o0 comel. Nak gi pasar tapi kemain lagi gaya dia. Ada dimple comelnya dia.. “

” Dalam lesung pipit tu comel sangat la. Alahai comel dan bergaya pulak tu, suka sangat tengok Zarah ni.. “

” Lesung pipit dalamnya macam mama. Muka babah tapi manis macam mama, so cutelah puteri Zarah.. “

” Amboooiii comelnya si dar4 kenit nih. adushh… tang lesung pipit tu yang mahal sangat. so beautiful princess.. “

” Mahalnya lesung pipit tu, manis sangat tengok Zarah ni. Bergaya macam bondanya juga. She looks just like her sister, adorable.. “

” Ee comelnya Zarah buat senyum senget macam tu. Lesung pipit dia, manis macam mamalah Zarah.. “

Semoga Tunku Zahrah Zarith Aziyah membesar dengan sihat selalu, menjadi anakanda yang hebat sama seperti ayahandanya, dikurniakan akal yang bijaksana dan membanggakan ayahanda bonda apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG YAM Che Puan Besar Khaleeda

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..