” Zikir dari Aafiyah.. “

Alunan Zikir Dari Siti Aafiyah Anak Dato’ Siti Nurhaliza Buat Peminat Kagum. Pandainya Aafiyah Jelas Bacaan Zikirnya. Part Last Tu Paling Comel, Mendayu-Dayu !!!

Siapa tidak kenal Siti Aafiyah Khalid. Namanya terkenal dan dikenali sebagaimana tersohornya nama ibunya Dato’ Siti Nurhaliza. Aafiyah menjadi permata hati yang amat disenangi dan disayangi ramai kerana wajah comelnya dan telatahnya yang selalu mencuit hati.

Aafiyah dilahirkan secara pembedahan pada Mar 2018 yang lalu. Penantian Dato Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid jiwa selama 11 tahun akhirnya dimakbulkan Allah. Betapa gembiranya seluruh peminat dengan berita  kehamilan Dato Siti ketika itu.

Kini Aafiyah sudahpun menghampiri usia 2 tahun. Aafiyah yang ceria, penuh dengan senyuman dan gelak tawa menjadi kegil4an peminat. Ke mana sahaja Aafiyah mengikuti ibunya, pasti dia akan menjadi tumpuan mata orang ramai kerana telatahnya yang comel.

Menerusi akaun Instagram Aafiyahkhalid, telah dikongsikan satu video yang kedengaran suara Aafiyah sedang mengalunkan zikir. Subhanallah sejuk hati mendengar anak kecil ini berzikir. Pandai sungguh Dato’ Siti Nurhaliza mendidik permata hatinya ini.

Jom tonton video di bawah :

” Zikir Dari Aafiyah.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Ya Allah comelnye… Yang last tu paling win.. “

” Subhanawallah princess.. “

” Suke tengok Aafiyah dengan kakak.. “

” Pandainya aafiyah… Suara kak dayah pun merdu.. “

” She’s getting smarter and smarter.. “

” Pandainya baby pau pipi gebus gebasss ni berzikir…. Sampai diqalbu kita… Terbaik… Moga jadi anak solehah.. Berjaya dunia akhirat. Aamiin biiznillah.. “

Seronoknya mendengar suara comel ini berzikir, mendayu-dayu lagi zikirnya. Ini baru dikatakan melentung buluh biar dari rebungnya. Didikan agama yang perlu diterap dalam jiwa anak sejak kecil. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah membesar dengan sihat di bawah lindungan Allah selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aafiyahkhalid by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..