” Aafiyah berkawad hora horey pulak.. “

Video Siti Aafiyah Berjoget Lagu Semut Berkawad Didi And Friends Buat Peminat Suka Hati. Seronok Aafiyah Hentak-Hentak Kaki Ye. Comel Sangat !!!

Wajah manis si kecil ini sering menjadi tumpuan peminat. Diberi nama Siti Aafiyah Khalid, namanya sebaris dengan populariti anak-anak selebriti lain yang sebaya dengannya. Anak kepada pasangan Dato Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Jiwa ini kini sudahpun menghampiri usia 2 tahun.

Aafiyah menjadi kesayangan Tokti yang mana segala usaha dan ikhtiar dilakukan untuk mendapatkan zuriat sendiri akhirnya membuahkan hasil. 11 tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya doa Tokti untuk memiliki zuriat dimakbulkan Allah.

Aafiyah dilahirkan dengan cukup sempurna dan cukup sifatnya. Hari demi hari, Aafiyah semakin bijak dan pandai membuat berbagai perkara dan mengajuk orang disekelilingnya. Dek kerana itu, wajahnya dikejar oleh majalah dan portal hiburan untuk menjadi cerita sensasi mereka.

Menerusi akaun Instagram aafiyahkhalid, telah dikongsikan satu video di mana kelihatan Aafiyah bersama Arif Jiwa sedang asyik menyanyi dan menari lagu kanak-kanak Didi and Friends. Gelagat Aafiyah yang berjoget riang buatkan siapa sahaja melihatnya turut sama ingin berjoget.

Jom tonton video di bawah :

” Aafiyah berkawad hora horey pulak.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Ibu pun kena hafal lagu kanak-kanak riang yerrr … Jangan lupa lirik ibu situ.. “

” Soo cute baby aafiyah.. “

” Comelnya.. Nak cub1t sikit.. “

” Amboi… Gar4ngnya dia.. “

” Gar4ngnya Aafiyah.. “

” Alololo pandainya aafiyah.. “

Seronok tengok gelagat anak kecil ini menari dan menyanyi. Gembira dan menghiburkan hati dengan telatah dan gelak tawa Aafiyah. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah akan menjadi seorang anak yang sentiasa menyenangkan kedua ibu bapa dan menjadi anak yang solehah.. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aafiyahkhalid by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..