” You were supposed to be my 2020.. “

Belum Sampai Due Nina Iskandar Selamat Bersalin Cahayamata Pertamanya . Tahniah !!!

Nur Akmalina binti Iskandar, atau lebih dikenali sebagai Nina Iskandar sudah tidak asing lagi di dalam dunia hiburan. Pelakon wanita yang berasal dari Brunei Darussalam ini dilahirkan pada 4 Ogos 1991 di Bandar Seri Begawan. Mula mencipta nama menerusi filem Muka Surat Cinta pada tahun 2014, Nina terus mengorak langkah untuk meletakkan namanya sebaris pelakon handalan lain.

Nama Nina mula bersinar apabila lakonannya didalam drama Andainya Takdir bersama aktor Shukri Yahya melonjak di kaca televisyen. Memegang watak Fatihah membuatkan lakonan berkesannya di rasai oleh semua wanita di seluruh tanahair.

Nina yang kini sudah menetap di Kuala Lumpur sudahpun berkahwin dengan pasangannya Azlan Adzanan. Perkahwinan mereka tidak dihebahkan kepada media dan hanya dihadiri kenalan rapat dan keluarga sahaja. Pasangan yang sama cantik dan aama padan.

Menerusi akaun Instagram, Nina memuatnaik gambar terkini beliau bersama bayinya yang kini berada di hospital. Nina memberi khabar gembira kehadiran cahayamata pertamanya itu dimana telah selamat dilahirkan pada hari ini 23 Disember pada jam 9.25 pagi. Alhamdulillah selamat ibu dan anak !

Jom baca perkongsian Nina dibawah :

” You were supposed to be my 2020, but I believe Allah has better plans. Assalamualaikum & welcome to the world, my child. In this Dunya everything is temporary, and although sometimes I too forget that it shouldn’t fill the void inside us, I hope that with your presence it will remind us together., “

” And no matter in Dunya or Akhirah, you are a blessing and an incredible gift from Allah SWT, who gave me my cherished title of ‘Mother’. You’re my responsibility now, and I pledge with all my life I will protect you and take care of you for as long as I’m still breathing. 9.25am, 23rd December 2019 marks the birth of my first born child. Alhamdulillah.. “

Rata-rata peminat mengucapkan ucapan tahniah di atas kelahiran cahayamatanya itu. Antara komen-komen peminat :

” Congratulations babe.. “

” Yeay!! Alhamdulillah.. Congratulations darla.. Nanti akak pijah kasi gift eh.. kakak Faezah Elai ye.. No auntie hokey.. “

” What a beautifully written caption, am truly happy for u dear Nina. Congratulations on the birth of your baby and good job well done, you have been fantastic.. “

” Congratulations mother! @ninaiskandar happy confinement babe.. “

” Yeayyy tahniah kaknina and angah . taksabar nak tengok baby.. “

” Congratulations Nina.. Selamat berpant4ng.. “

” Selamat datang sayang.. Tahniah.. ” 

Allah sudah tetapkan masa yang terbaik buat Nina dan babynya. Walaupun belum sampai tarikh jangkaan, alhamdulillah semuanya sudah pun selesai dan selamat. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah atas kelahiran cahayamata dan selamat berpant4ng dan menjalani kehidupan sebagai seorang ibu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nina Iskandar by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..