” Quangjaq, part Jihan Muse tu kelakar g1la weiyh.. “

Video Moment Kelakar Neelofa Kena Kacau Dengan Artis Jemputan Di Set MeleT0P. Kelakar Giler !!

Rancangan MeleT0p sememangnya sentiasa meriah dengan keriuhan dan jenaka bersahaja hosnya Nabil Ahmad dan Neelofa. Pasangan hos ini sudahpun bekerjasama hampir 7 tahun lamanya semenjak rancangan itu diwujudkan. Baru-baru ini Neelofa telah mengumumkan berita sedih pengunduran dirinya dari set Meletop.

Satu kehilangan yang amat dirasai oleh pengikut rancangan tersebut. Memandangkan Disember adalah bulan terakhir Neelofa sebagai hos di Meletop, pihak produksi telah mengadakan segmen khas semperna menghargai semua jasa Neelofa. Antaranya kejutan membawa kawan baiknya ke set dan juga adik Naura ‘mini Lofa’.

Tidak dinafikan kehadiran Neelofa menaikkan bilangan penonton rancangan tersebut. Sering muncul dengan fesyen yang up to date , kelibat Neelofa sering diperhatikan. Berbagai aksi dan kenangan indah yang telah dilalui bersama dan pastinya semua itu akan menjadi kerinduan para peminat Neelofa.


Menerusi akaun Instagram Meletop, telah dimuatnaik antara rakaman terbaik Neelofa dikenakan oleh artis jemputan sepanjang Neelofa mengacarakan program itu. Alahai.. Serius kelakar gil4, tapi Lofa memang sporting sangat !!

Jom tonton video di bawah :

” Antara moment moment kelakar Neelofa kena kacau dengan guest artist dekat set MeleTOP! Tapi @neelofa tetap sporting k layan dorang. Jom share wish or soalan soalan korang untuk Lofa. #ThankYouLofa #TanyaLofa #MeleTOP.. “

Rata-rata pengikut setia Meletop turut meninggalkan komen. Antara komen-komen peminat :

” Quangjaq.. “

” Macam mana nak speak english very well like neelofa? #ThankYouLofa #TanyaLofa.. “

” #TanyaLofa boleh tak untuk last episod lofa dengan melet0p nak dengar dia nyanyi sikit pun jadi lah pleasesss admin @melet0p apa-apa lagu pun boleh lagu yang lofa suka.. “

” Hahahaha.. Walaupon badan keras menari lagu blackpink, but still i love you lah @neelofa.. “

” Part @jihanmuse tu kelakar g1la weiyh.. “

Pastinya wajah cantik dan ketawa abang-abangnya itu akan dirindui oleh semua peminat MeleT0p. Semakin menghampiri detik terakhir menjadi hos di MeleT0p, semakin banyak moment indah sepanjang Neelofa dikenang peminat. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya di dalam bidang yang bakal diceburi selepas ini. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG MeleT0p by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..