” Anaqi tersalah tummy ni. Tummy daddy takde adik.. “

Video Anak Amyra Rosli Dan Amar Baharin, Aqeef Anaqi Tersilap Meletakkan Kepalanya Di Perut Daddy Menghiburkan Netizen. Adoi, Kelakar Dan Comel !!

Permata hati pasangan selebriti pelakon, Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Aqeef Anaqi merupakan salah seorang si cilik yang sering menjadi perhatian di media sosial. Anaqi yang kini berusia 2 tahun semakin banyak akal dan keletah yang mencuit hati netizen.

Seperti selebriti lain, pasangan ini turut membuat akaun Instagram untuk anak kesayangan mereka ini. Akaun ini diuruskan oleh Amyra dan suami untuk berkongsi gambar dan video Anaqi kepada peminat. Seramai 684 ribu orang jumlah pengikut di akaun Instagram Anaqi.

Selain itu, para peminat mereka juga ada membuka akaun Instagram untuk Anaqi. Amyra kini sedang mengandung anak yang kedua dan ini bermakna Anaqi akan mendapat adik tidak lama lagi. Terdahulu, Amyra ada berkongsi jantina anak keduanya ini iaitu seorang perempuan.

Menerusi akaun Instagram, video Aqeef Anaqi sedang meletakkan kepalanya di perut begitu menarik perhatian netizen. Anaqi sebenarnya ingin mendengar adiknya yang berada di dalam perut ibunya, Amyra namun dia tersalah meletakkan telinganya di perut ayahnya.

Tonton video di bawah :

” Anaqi terslh tummy ni hehe tummy daddy x de adik.. “

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Anaqi. Antara komen-komen mereka :

” Anaqi soooo cute laaaa.. “

” Anaqi sayanggg… u r so cute.. “

” Love Aqeef Anaqi…… tak lama lagi dapat kawan.. “

” Got worm.. Budak memang tak tahu menipu.. So mmg betul la tu haha.. just a joke.. “

” Comel la anaqi ni blh plak trsalah tummy.. “

” Bijaknya Aqeef Anaqi ni masyaAllah semoga sehat selalu dan sentiasa dlm dakapan kasih syg Allah aammiinn.. “

” Bijak Anaqi.. “

Pastinya Anaqi tidak sabar menunggu kelahiran adiknya ke dunia kerana nanti Anaqi sudah ada kawan untuk bermain. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aqeef Anaqi membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aqeef Anaqi by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..