” Yg penting aura kuali tu. Haaaa gituuuuu. No tefal-tefal ok.. “

Elly Mazlein Kongsi Video Masakannya Namun Kuali Yang Digunakannya Menjadi Perhatian Netizen. Wah, Memang Kampung People !! 

Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara. Beliau lebih mesra dipanggil sebagai Kak Lina P0m P0m. Elly memulakan kerjaya seninya sebagai seorang penyanyi.

Namun kini Elly lebih aktif menceburi bidang lakonan dan pengacaraan berbanding nyanyian. Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada tahun 2014 sebelum bercera1 pada tahun 2015 ketika beliau hamil empat bulan.

Kemudian Elly berkahwin buat kali kedua dengan seorang guru bernama Azlan. Azlan merupakan seorang guru geografi yang berasal dari Kelantan. Elly mempunyai seorang anak melalui perkahwinannya yang terdahulu bernama Putri Sara Sefhia.

Menerusi akaun Instagram, Elly berkongsi videonya memasak untuk suami dan ayahnya. Elly akan memasak hidangan yang istimewa iaitu Kuay teow sup. Beliau ingin berkongsi resepi air tangannya dengan para peminat yang disayangi.

Tonton video di bawah :

” Kakak Lina nak masak apa tu utk abah & Suami.. Klu nak tau Jom ke YouTube channel #duniaellymazlein skrg ya. Lpas tgk Jgn Lupa subscribe dan tekan notifications ya agitchuuuuuu pommmmm.. “

Rata-rata netizen terliur melihat Kuay Teow Sup kak Lina P0m P0m kita. Antara komen-komen mereka :

” Mesti sedap resepi kueteow sup kak linaaaa sbb haritu dh try resepi meggi kak Linaaa  mmg sedapp.. “

” Sedapnye kueteow sup kak Lina.. tambah plk mkn dengan cili kicap.. perghhhh.. “

” Emm nampak mcm sedap.. mesti lazat cenggini haa.. “

” Chomei kak Lina.. seri pengantin tak habis lagiii… smoga berkekalan hingga ke jannah Allah s.w.t kak Lina dn papa awan nano.. “

Namun ada juga netizen yang menegur jenis kuali yang digunakan. Kuali biasa-biasa sahaja kan. Bagus kak Lina !

” Yg penting, aura kuali tu.haaaa gituuuuu. No tefal2 ok.. “

” Sy pon guna kuali mcm ni klu masak… Lg puas dari guna tefal bagai… “

Kalau anda menonton video penuh di channel Youtube Elly Mazlein pasti anda akan terliur melihat hasil masakan Elly yang begitu menyelerakan. Sangat beruntung cikgu Azlan memperisterikan Elly. Bukan sahaja cantik malah pandai masak dan rajin ke dapur.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG & Youtube Elly Mazlein by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..