” Tak ci0m pun. Belaga hidung ja.. “

Gambar Mesra Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Ketika Bercuti Di Kazakhstan Cur1 Perhatian Netizen. Alahai Romantik Sangat !!

Bila disebut sahaja nama Rozita Che Wan pastinya semua membayangkan wanita cantik jelita bertubuh ramping ini. Rozita Che Wan atau nama sebenarnya Rozita binti Abu Bakar lebih mesra dipanggil dengan nama Che Ta. Che Ta adalah seorang pelakon, pengacara dan ahli perniagaan yang berjaya.

Anak kedua daripada tujuh beradik ni pada asalnya adalah seorang pramugari di Penerbangan Malaysia ( MAS ) sebelum berkecimpung di dalam dunia seni. Che Ta telahpun berkahwin dengan aktor kacak Zain Saidin dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan diberi nama Aaisyah Dhia Rana.

Terkini Che Ta sedang berada di Kazakhstan bercuti bersama suami dan anaknya itu. Seperti kebiasaannya tahun-tahun sebelumnya, Che Ta pasti akan bercuti di luar negara setelah penat bekerja dan saat percutian itu digunakan sepenuhnya sebagai masa berharga untuk keluarganya itu.

Menerusi akaun Instagram, Che Ta telah berkongsikan sekeping gambar beliau bersama suaminya Zain Saidin. Apa yang menarik perhatian adalah kapsyen dan gambar romantis mereka itu. Amboi Che Ta awal-awal dah warning makcik bawang ye. Win la !

Jom baca kapsyen di bawah :

” Tak ci0m pun .. Belaga hidung ja @zainsaidin23.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Dilwale uncut scene ke ni wak… “

” Alaaaa ci0m bukan salah pun, laki hang juga kannn.. “

” Hehehhe ci0m pun tak apa.. Halal.. “

” Ci0m pun tak kisah la che ta.. Suami isteri apa halnya.. “

” Tudia oqang kata hidung mancung sangat.. “

” Hahahhhh habaq seksiap senang sebelum isu dibawangkan.. “

Nampaknya Che Ta dah masak sangat dengan makcik-makcik bawang sampai kapsyen pun jadi kelakar bila dibaca. Bila mancung sama mancung bertemu hidung jua. Seronok tengok kebahagiaan Che Ta. Kami di Berita Kopak mendoakan segalanya yang terbaik buat keluarga Che Ta. Moga kekal berkekalan hingga ke jannah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rozita Che Wan by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..