” Yeaaaa.. Tekaan Anaqi betul.. “

Amyra Rosli Umum Jantina Bayi Dalam Kandungannya. Reaksi Muka Amar Yang Terkejot Tu Comel Sangat. Wahhh Tahniah !!

Pasangan romantis, Amyra Rosli dan Amar Baharin tidak perlu diperkenalkan lagi. Gaya lakonan mereka yang dihebat dan menjiwai setiap watak yang diberikan sememangnya meninggalkan kesan di hati peminat. Pasangan ini mula hanya bermula sebagai sahabat namun akhirnya bertemu jodoh.

Amyra melangsungkan perkahwinannya bersama aktor Amar Baharin pada 11 November 2016. Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan seorang anak lelaki pada 15 Oktober 2017 dan diberi nama Aqeef Anaqi Amar. Terkini Amyra sedang hamil anak kedua mereka.

Amyra dan Amar sering berkongsi gelagat anak mereka di Instagram. Keletah Anaqi yang comel pastinya menarik sesiapa sahaja yang menontonnya apatah lagi Anaqi sangat murah dengan senyuman. Nampaknya tak lama lagi Anaqi nak jadi abang dah. Yeay !!

Menerusi akaun Instagram aqeef.anaqi, telah dimuatnaik satu video dimana majlis keraian yang diadakan untuk pasangan romantis ini untuk mengumumkan jantina bayi di dalam kandungan Amyra. Sungguh meriah dan akhirnya berita gembira, it’s a gurl!

Jom tengok video di bawah :

” Alhamdulillah !! It’s a girl.. Congratsss super excited to see the newborn soon.. Doakan.. “

Rata-rata netizen nyata gembira dengan khabar gembira ini. Antara komen-komen netizen :

” Tahniah baby girl.. “

” Yeaaaa tekaan anaqi betul.. “

” Tahniah !! Dapat sepasang dah.. “

” Alhamdulilah tahniah girl.. “

” Yeayyyy Anaqi tak payah share baju dengan adikkk… “

” Alalaaaaa mesti secantik ibunyaaa.. “

” Dah jangka Aqeef anaqi dapat baby girl…… Congratss buat Amyra dan suami …. Moga di permudahkan urusan…. Murah rezeki dan kekal bahagia hingga keJannah…. Pasangan sama-sama Cantik…. “

” Alhamdulillah.. Mummy dapat sepasang cahaya mata!! Semoga dipermudahkan urusannya.. “

Gembira teruja berdebar pasti semuanya ada di dalam hati pasangan ini. Yang pasti peminat lah yang paling tidak sabar untuk melihat wajah bakal bayi perempuan pasangan romantis ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Amyra dan Amar di permudahkan dan semoga bayi di dalam kandungannya sihat sehingga lahir.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aqeef. anaqi by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..