” Yusoff jumpa dengan mini Yusoff.. “

Aksi Comel Yusoff Al Qardawi Cuit Adiknya Raudah Arshiyah Mencuit Hati Peminat. Why So Comel Ucop !!

Siapa tidak kenal pemilik Anugerah Si Cilik MeleTOP ERA 2019, Yusoff Al Qardawi. Anak keempat kepada pasangan jutawan kosmetik Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida Rashid. Yusoff yang memiliki wajah yang comel dengan mata yang bulat turut tersenarai di dalam senarai si cilik popular sepanjang tahun lalu.

Kepopulariti Yusoff dapat dilihat apabila akaun Instagramnya memiliki 607 ribu pengikut. Keletah dan lagak Yusoff yang comel sering mendapat perhatian peminat dan sering dikongsikan ke seluruh saluran sosial. Yusoff menjadi keg1laan ibu-ibu yang teruja melihat wajah comel putih gebunya itu.

Terkini, ibunya Datin Shahida telahpun selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Raudah Arshiyah dan ini mengesahkan kedudukan Yusoff sebagai abang. Menjadi abang di usianya baru menjangkau setahun lebih, pastinya membuatkan perasaan teruja melihat ada bayi kecil di sisi ibunya.

Menerusi akaun Instagram, Yusoff Al Qardawi telah dimuatnaik sekeping gambar dimana Yusoff dilihat sedang mencuit adiknya Raudah Arshiyah. Dari riak muka dan senyumnya, Yusoff kelihatan teruja dengan kehadiran adik nya itu.

Jom baca kapsyen dibawah :

” Adik saya comel x?.. “

View this post on Instagram

adik saya comel x ?

A post shared by @yusoffalqardawi (@yusoffalqardawi_terlajaklaris) on

Rata-rata peminat yang sering mengikuti perkembangan Yusoff memberi respon. Antara komen-komen peminat :

” Comel sangat , comel macam yusof.. “

” Muka adik sama ngan yusuf.. Copy paste sangat.. “

” Rasa macam yusuf baru lahir… Last-last yusuf da dapat adiq… Tahniah yusuf… “

” Mesti la chomell macam awak kan.. “

” Comel lah yusoff sama macam yusoff hensem.. “

” Ih yusuf dah jadi abang.. “

” Abang yusuf ada adik comel.. “

” Tak sangka yusoff da jadi abang.. “

” Comel.. Macam kembar yusoff.. “

” Comey la macam Yusof yang terlajak comey.. “

” Yusoff jumpa dengan mini Yusoff.. “

Tak dapat disangkalkan lagi sememangnya Yusoff mahupun adiknya memang comel. Sekilas pandang rupa mereka memang kelihatan sama tak ubah macam kembar, cuma berbeza jantina sahaja. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Yusoff akan menjadi abang yang baik dan penyayang kepada adiknya itu.. Aamiin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yusoff Al Qardawi by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..