” Lawak la mak hang ni Syeriv oiii. Sayang Syeriv.. “

Syatilla Melvin Kongsi Tips Syeriv Samheizy Petah Bercakap Dua Bahasa Tanpa Pelat Buat Netizen Terhibur. Amazing Mat Yip !!

Keunikkan namanya mendapat perhatian peminat. Syeriv Samheizy nama diberi yang merupakan anak kepada pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Pasangan ini berkahwin pada 8 Februari 2016 setelah 6 tahun menjalinkan hubungan cinta.

Mereka menimang cahayamata pertama iaitu Syeriv pada 9 Mei 2017. Aksi Syeriv sering dimuatnaik di akaun Instagram yang telah diciptakan khusus buatnya. Akaun Instagram bernama syeriv_samheizy sehingga kini memiliki 950 ribu pengikut dan ini membuatkan Syeriv tersenarai didalam kalangan anak-anak selebriti yang mempunyai kepopulariti sendiri.

Setelah usianya menganjak 2 tahun, Syeriv sudahpun bergelar abang apabila ibunya Syatilla Melvin selamat melahirkan seorang bayi perempuan diberi nama Sarima Samheizy. Kebijaksanaan dan kepetahan Syeriv semakin terserlah dengan kehadiran adiknya ini. Menjadi abang yang protective dan amat penyayang.

Menerusi akaun Instagram, telah dimuatnaiak video dimana Syeriz dilihat petah bercakap bersama ibunya Syatilla Melvin. Menariknya baru berusia 2 tahun setengah sudah fasih berbahasa Inggeris dan bahasa Melayu tanpa pelat. Terbaik lah Mat Yip !!

Jom saksikan video di bawah :

” Sungguhpun syeriv baru 2 tahun setengah, tapi dia petah becakap dua-dua bahasa. Alhamdulillah.. Tips ?.. ”

” 1- Jangan biasa cakap dengan anak-anak bahasa budak-budak. Contoh macam NAK MAMAM ? NAK NENEN ? alolo omey-omey nyeee (comelnyaa), elakkan kalau boleh. Nanti anak hampa akan bercakap dengan kurang jelas.. ”

” 2- Sembang je dengan anak-anak macam kita sembang dengan laki kita, kawan kita. Walaupun depa tak faham lagi tapi cara kita communicate tu yang penting !!! ”

” 3- Selitkan lawak-lawak bod0 sikit. Supaya tak serious sangat.. ”

” 4- Bawak anak-anak bergaul dengan budak-budak lain. Jangan tengok muka mak hang jaa.. ”

Rata-rata peminat cukup terhibur melihat kepetahan berkata-kata Syeriv. Antara komen-komen peminat :

” Pandainya dia.. “

” Amazed dengan mat yip.. “

” Comel la syeriv.. “

” Pandaii ye bila cakap riak muka tak tinggal kelakar je budak kecik ni hahaha.. “

” Selit lawak bodo-bod0 sikit hahaha bod0laa lawak.. “

” No 4 tu betul tapi lawak la mak hang ni Syeriv oiii. Sayang Syeriv.. “

” Aloooo…. Sweetnya bila dia cakap ” Sayang Ibu “.. “

” And lagi 1 tips yang saya nampak, syeriv jarang main gajet. So, its really good for him. congrats bubu @samtilla & bapak @shaheizy_sam !.. “

” Betul-betul saya ajar anak saya yang umur 1y7m sekarang dia cakap takde susah nak kite faham.. “

Bagus betul cara Syatilla melatih Syeriv bercakap. Patutlah fasih bercakap dwi bahasa, ibunya siap selitkan lawak bod0 lagi. Kelakar tapi berkesan cara ni. Boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa diluar sana yang berhasrat untuk melihat anak petah bercakap.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Sheriv membesar dengan sihat dan sempurna disamping keluarga tersayang. Aamiin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sheriv Samheizy by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..