” Ya betul, ibu segalanya, bila tiada amat-amat terasa.. ” – Netizen
Rozita Che Wan Kongsi Gambar Sempena Sambutan Hari Lahir Ibunya Yang Tersayang. Wahhh Cantik Ibu Che Ta, Nampak Awet Muda Walaupun Dah 67 Tahun. Namun Kapsyen Che Ta Buat Ramai Tersentuh. Deep Sangat !!
Apabila menyebut tentang hari lahir, pasti ramai yang terbayangkan sambutan dan ucapannya. Lebih-lebih lagi tarikh keram4t itu ialah hari lahir kita sendiri, ibu dan ayah, adik beradik, dan kenalan rapat. Sehingga menjadi suatu kemestian apabila tiba tarikh lahir seseorang, maka kita akan memberi ucapan hari lahir dan doa kepadanya.
Meraikan hari lahir seseorang, pastinya memberikan kegembiraan dan kebahagiaan. Sesiapa sahaja akan merasa diingati dan disayangi. Oleh kerana itulah, betapa pentingnya sambutan hari lahir kepada seseorang selain daripada membuat orang lain bahagia kita juga dapat mengeratkan hubungan dan kemesraan.
Terbaru, menerusi laman Instagram, pelakon yang sangat dikenali di negara ini iaitu Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta telah memuatnaik beberapa posting. Posting bergambar itu dikongsikan sempena sambutan hari lahir ibunya yang tersayang.
Majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Menurut Che Ta ini adalah sambutan hari lahir ibunya yang ke 67. Tambahnya lagi, ibunya dikurniakan 7 orang anak dan telah mempunyai 21 orang cucu setakat ini. Namun begitu katanya, ibu beliau masih sihat, kuat dan bertenaga. Alhamdulillah !!
Jom lihat posting bergambar daripada Che Ta di bawah ini :
Ini pula antara tetamu yang hadir meraikan majlis hari lahir ibu Che Ta. Lets Check it out !!
Di bawah ini Che Ta bersama ibunya. Jom lihat kapsyen Che Ta yang menyentuh hati di bawah ini :
Ucapan hari lahir buat ibu Che Ta telah membanj1ri ruang komen posting tersebut. Mereka juga menitipkan doa buat ibu Che Ta tersayang. Ini antara uacapan dan doa mereka :
” Happy birthday mak cikta semoga panjang umur Dan dimurah kan rezeki.. “
 ” Semoga sentiasa dlm LindunganNya dan terus diberi kesihatan yang baik buat untie.. “
” Hepy besday mak cheta, seronoknya masih ada ibu.. “
” Hargai selagi ada, happy birthday aunty, panjang umur.. “
” Iye Cik Ta Sayangilah ibu selagi meraka masih ada, inshaAllah, happy besday mak cik Ta.. “
” Ya betul, ibu segalanya. Bila tiada amat terasa, amat amat terasa.. “
Alhamdulillah, Tahniah buat Che ta atas sambutan hari lahir buat ibu tersayang. Sesungguhnya kasih ibu hingga ke syurga, tiada apa yang siapa yang dapat menggantikan kasihnya seseorang bernama ibu. Hargailah peng0rbanan dan jasa ibu dan ayah selagi mereka masih ada di dunia ini.
Kami di Berita Kopak juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir buat ibu Che Ta. Didoakan semoga ibu Che Ta dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki oleh Allah serta berada dalam payung rahmat Allah SWT selalu hendaknya. Amin..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Rozita Che Wan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..