” Ya Allah, SubhanaAllah, Alhamdulillah, comeynya baby boy.. “
Fakhrul UNIC Kongsi Gambar Terbaru Anak Yang Baru Lahir. SubhanAllah Comelnya, Seindah Nama Yang Diberikan !!
Fakhrul, atau nama sebenarnya, Mohd Fakhrul Radhi bin Khamaruddin menggunakan nama komersialnya Fakhrul UNIC dan Fakhrul Radhi. Beliau yang dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 6 April 1986, kini berusia 33 tahun. Selain menganggotai kumpulan nasyid, beliau juga merupakan pendakwah dan pengacara.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Diploma Tahfiz Quran Dan Qiraat daripada Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah. Beliau mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009 sebagai ahli baru UNIC dengan membuat kemunculan dalam album terakhir kumpulan itu yang berjudul Langkah Tercipta.
Pernah bergelar juara pertandingan Akademi Al-Quran musim ketiga dan pemenang Gema Gegar Vaganza musim pertama bersama UNIC. Beliau juga pernah menyertai empat kali dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHOK) .
Terkini, beliau telah mendapat cahaya mata lelaki pada 2 Disember 2019 di Hospital Sungai Buloh. Berita gembira tersebut telah dikongsi melalui instagram milik beliau. Untuk makluman, Fakhrul telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Syahirah Sohimi, 34 tahun dan sebelum ini telah dikurniakan dua cahaya mata.
Menerusi instagram, Fakhrul telah berkongsi gambar anaknya yang kini sudah tujuh hari umurnya. Perkongsian tersebut juga, beliau telah mengumumkan nama anaknya itu ialah Muhammad Ayyash bin Fakhrul Radhi. Nama tersebut adalah sempena nama sahabat Nabi Saw.
Baca perkongsian Fakhrul dibawah :
” Action kameee , baby zaman skrg mana layan bedung2 kan? Bismillah, harini baby dh ckup 7 hari.. Sian, 3 hari dh kena tinggai hihi. Sunnah bg nama dah. Kalo ikut abg muqri dia suruh letak CR7 .. “
” Berkat bumi madinah, sy namakan dia “Muhammad Ayyash Bin Fakhrul Radhi “ sempena nama sahabat nabi saw عيّاش بن أبي ربيعة . Nnti korg carilah kisah hebat dia. Doakan ayyash jd anak soleh ok. Hadiah jgn lupa.. “
Rata-rata peminat telah mengucapkan tahniah kepada Fakhrul sekeluarga dan memuji kecomelan bayi tersebut. Ada yang mendoakan semoga bayi tersebut menjadi anak yang soleh dan sentiasa sihat. Antara komen-komen netizen :
” Alhamdulillah… Semoga Ayyash menjadi anak yang soleh… “
” Comel.. Moga jd anak yg soleh ayyash.. “
” Semoga membesar menjadi anak yg soleh.. “
” Comelnya.. Masya Allah !! Semoga Muhammad Ayyash jadi anak yg soleh , penyejuk hati umi abi dan seorang Muslim yg berakhlaq Aamiin Allahumma Aamiin.. “
” Comel nya baby ayyash. Moga jadi ank yg soleh yerr sayang, membesar dengan sihat..”
” Ya Allah, SubhanaAllah, Alhamdulillah, comeynya baby boy.. “
Wahh comel betul anak Fakhrul UNIC ini. Setiap kelahiran anak pasti membuatkan ibu dan ayah merasa teruja dan gembira. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak dengan ingin mengucapkan tahniah kepada Fakhrul UNIC atas kelahiran anak yang ketiga ini. Semoga Muhammad Ayyash menjadi anak yang soleh. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fakhrul Radhi by berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..