” Ya Allah comelnya dia. Muka sama macam abang Anaqi dia.. “

Wajah Penuh Cahaya Mata Kedua Amyra Rosli Dipertontonkan. Ya Allah, Comel Sangat Siap Senyum Lagi, Nama Pun Cukup Indah !!

Bagi peminat setia pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli pastinya mengenali wajah kesayangan ramai ini. Pasangan ini yang sering digandingkan di dalam drama-drama tempatan menjadi tumpuan ramai kerana bakat hebat dan sikap mereka yang tidak menyombong diri itu.

Antara drama gandingan hebat mereka adalah Tersuka Tanpa Sengaja, Suamiku Encik Sotong dan Cemb0ru Seorang Perempuan. Gandingan mereka memang secocok dan sangat digemari peminat drama tempatan. Amar dan Amyra melangsungkan perkahwinan pada 11 November 2016.

Menerusi perkahwinan ini. mereka dikurniakan dua orang cahayamata di mana cahayamata pertama bernama Aqeef Anaqi dilahirkan pada 15 Oktober 2017. Manakala cahayamata keduanya seorang bayi perempuan selamat dilahirkan pada 1 Februari yang lalu.

Menerusi akaun Instagram Aqeef.anaqi, telah dikongsikan beberapa keping gambar muka penuh cahayamata terbaru Amyra Rosli dan Amar Baharin. Si comel ini diberi nama Ayra Aryssa yang tersenyum manis persis wajah abangnya Anaqi. Comel sangat !

Jom baca kapsyen di bawah :

” Hai nama saya Ayra Aryssa. Doakan saya membesar dengan sihat.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Aamiin nice name and cute baby.. Alhamdulillah.. “

” Cantiknya dia. Membesar dengan sihat sayang.. “

” Ya Allah comelnya dia… Muka sama macam abang dia… Semoga baby Ayra membesar dengan baik.. “

” Shoooo shomellll.. “

” Comellll sekali Ayra Aryssa.. “

Ya Allah comel sangat wajah Ayra Aryssa ni. Memang sama dengan muka Anaqi masa dia tersenyum tu. Tak sabar tunggu Ayra besar mesti cantik macam ibunya Amyra. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ayra Aryssa membesar dengan sihat dan sentiasa dilindungi Allah.. Aamin…

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aqeef.Anaqi, IG Amyra Rosli by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..