” Wow kek tu hebatnya nampak real. Rare dan kreatif sangat.. ” – Netizen
Gambar Majlis Kej0tan Ulangtahun Keputeraan Tuanku Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Yang Meriah. Wahhh Memang Rare Sangat Kek Istimewa Buat Tuanku Ni. Pandai Betul Si Pereka Kek Ni, Kena Sangat Dengan Tunku Azizah. Terbaik !!
Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah menjadi permaisuri kesayangan ramai. Sejak dari hari pertama pertabalan Agong lagi, penampilan dan kisah Tunku Azizah menjadi perhatian rakyat jelata. Setiap gerak geri tuanku permaisuri menjadi ikutan terutamanya fesyen selendangnya itu.
Tunku Azizah seorang yang berbakat dalam bidang jahitan dan masakan. Lihat sahaja perkongsian di Instagram milik baginda yang berkongsikan resepi masakan dan jahitan serta sulaman tangannya yang sangat cantik. Berseni sungguh tangan permaisuri Agong ini.
Tunku Azizah memasak sendiri untuk santapan Agong dan sikapnya yang bertanggungjawab sebagai seorang isteri dipuji rakyat. Masakannya juga hebat daripada juadah lauk hingga ke dessert, semuanya nampak sangat menyelerakan.
Meninjau akaun Instagram Istana Negara, telah dikongsikan beberapa keping gambar sambutan ulangtahun keputeraan Tuanku Permaisuri Agong. Ulangtahunnya jat0h pada 5 Ogos yang lalu dan satu kej0tan daripada pihak istana dibuat untuk meraikan Tunku Azizah semalam.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Kej0tan istimewa ini diserikan lagi dengan kek yang sangat indah buatannya. Sepertimana minat Tunku Azizah yang mendalam dalam bidang jahitan, kek baginda juga dibuat berbentuk mesin jahit dan benang kait. Ini menarik minat netizen dan antara komen-komen :
” Wow kek mesin jahit tu hebatnya, nampak real. Kreatif sgt bakers yg buat tuu. Selamat menyambut hari ulangtahun keputeraan tuanku.. “
” Japanese sewing machines, cantik sangat keknya.. “
” Persembahan kasih sayang daripada rakyat jelata.. “
” Ampun tuanku. Cantik kek kreatif sangat.. “
” Ya Allah, cantiknye kek. anyway, happy birthday Tuanku.. “
” Cantik sgt sayang pula nak potong. Rare kek yg ada peralatan jahitan tu.. “
” Daulat tuanku. Patek pun tumpang seronok dan bangga tgk rupa kek mesin jahit tu.. “
” Cute nya rekaan cake ni ! Happy birthday tuanku permaisuri.. “
Tentu Permaisuri Agong gembira dapat kek sebegini rupa. Rekaan yang comel dan nampak macam real sangat mesin jahit dan benang tu. Apa pun, semoga Allah kurniakan Tuanku umur yang panjang, sentiasa dilindungi daripada sebarang musibah dan bahagia selalu di samping keluarga tersayang. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Istana Negara, IG Tunku Azizah Iskandar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..