” Wuuu baru betul Jack dengan Rose.. ” – Netizen

Hairul Azreen Kongsi Video Buat Aktiviti Mandi Laut Yang Menyeronokkan. Wah Berani Betul Hanis Zalikha, Tinggi Tu. Aksi Hairul Jadi Penyelamat Tu Sweet Betul. Couple Goal !! 

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha pasangan selebirit yang secocok dan sepadan. Kedua-duanya sama cantik dan sama kacak dan manis dipandang mata. Walaupun sudah dikurniakan dua orang anak, gaya mereka tak ubah seperti zaman bercinta dulu.

Peminat pasti ingat bagaimana cara Hairul melamar Hanis dulu. Peristiwa bersejarah yang jika diingat buat masing-masing tersenyum sendiri. Selain lakonan, Hairul dan Hanis sibuk menguruskan perniagaan mereka iaitu jenama Cakenis.

Hairul sekarang berada di Pulau Besar Mersing membawa Hanis dan para kakitangan mereka bercuti sempena company trip. Berbagai aktiviti dilakukan mereka di sana untuk mengisi masa. Jika dilihat daripada posting Hairul dan Hanis sebelum ini, mereka memang akrab dengan semua staff.

Menerusi akaun Instagram, Hairul Azreen telah berkongsikan satu video yang memaparkan aksinya bersama Hanis membuat aksi terjun ke dalam air. Kapsyen Hairul tu bukan main lagi, dah macam Titan1c sangat. Buat golongan single cemb0ru betul tengok sweet couple ni.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

You jump i jump @haniszalikha

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Aksi Hairul dan Hanis ini menarik perhatian peminat. Ini Rose dan Jack versi Melayu punya, alahai comel sangat. Antara komen-komen :

” Awhhh hairul selamat kan keknis. Korangkan memang suka bersemut ehh.. “

” Hanis zalikha kan dah ada abang paskal tolong selamatkan.. “

” Wahhh bestnye lovely couple. Rose and jack haha.. “

” Cepat2 hairul selamatkan keknis. Sweet sangat.. “

” She jumped, you contemplated hahahaha. Adore you guys.. “

” Wuuu baru betul jack dengan rose. Bersemut sungguh lovely couple ni.. “

Alahai di mana mana sahaja sweet je Hairul dan Hanis ni. Buat skrin handphone bersemut je tengok merpati dua sejoli ni. Apa pun, semoga Hairul dan Hanis sentiasa bahagia bersama dan ikatan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke syurga. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hairul Azreen

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..