” Sedapnya suara, memang awesome.. ” – Netizen

Hairul Azreen Kongsi Video Menyanyikan Lagu ‘Semerah Mawar Merah’ Terima Pujian Ramai. Namun Komen Hanis Zalikha Buat Peminat Terhibur. Sabar Lah Hairul, Hanis Betul-Betul Tak Sangka Tu, Hahaha !!

Kini lakonannya sering mendapat pujian, malah dirinya juga semakin dikenali ramai, itulah dia pelakon Hairul Azreen. Bakat lakonan dalam filem aksi menaikkan lagi namanya di persada seni. Miliki wajah yang kacak, berbadan sasa menjadi satu pakej menarik buat Hairul.

Siapa sangka tuah buat Hairul, yang dahulunya kurang dikenali akan hasil lakonannya. Berkat usaha dan tidak mengenal erti kalah dalam hidup, Hairul telah membuktikan dia merupakan seorang pelakon yang mempunyai bakat tersendiri dan mampu berjaya dalam dunia lakonan.

Manis dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir, Hairul juga merupakan suami kepada pelakon dan usahawan Hanis Zalikha. Kisah percintaan mereka hingga kini turut menjadi perhatian warga netizen media sosial. Bukan mereka sahaja yang mempunyai peminat, malah anak-anak mereka juga mempunyai peminat mereka yang tersendiri yang sering mengikuti perkembangan mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hairul telah berkongsi dia sedang berkaraoke menyanyikan lagu ‘Semerah Mawar Merah’ . Rupanya lagu tersebut adalah lagunya sendiri. Mesti ramai yang tak sangka kan, penyanyi lagu tersebut adalah Hairul. Sedap sebenarnya suara Hairul.

Ikuti perkongsian video itu di bawah ini :

View this post on Instagram

🎼Semerah Mawar Merah🎼

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Rata-rata netizen turut memuji akan kemerduan suara Hairul dalam video itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Sedapnya suara, memang awesome.. ”

” Wow abng nyanyi lagu abng , mesti lama x nyanyi lagu tu lah.. “

” Best nyaaa lagu nii.. Go0sebumps.. “

” Mantap bro, suara kau sebenarnya sedap juga di dengar.. “

” Woww, Hairul layan beb lagu ni, sedap sangat.. “

” Rupanya Hairul yang menyanyi, memang tak tahu pun lagu ni, lagu Hairul.. “

”  Terbaik ! Msti lentok Hanis dengar ni, tak sangka husbnd dia pndai menyanyi.. “

Namun komen daripada Hanis buat ramai yang terhibur :

Alahai kes1an Hairul, Hanis pun tak tahu Hairul ada lagu sendiri. Tapi memang terbaik, sedap betul suara Hairul. Apa-apa pun, Hairul dan Hanis memang pasangan yang sangat sweet. Kami dari Berita Kopak mendaoakan semoga kalian sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hairul Azreen

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..