” Wow hebat Juna. Cantiknya khat arab dia kemas je.. ” – Netizen

Rita Rudaini Kongsi Hasil Tulisan Tangan Versi Khat Anaknya, Airit Qaqa Arjuna Yang Begitu Mengagumkan. Wahhh Arjuna Dalam Diam Ada Bakat Terpendam. Cantik Sangat, Macam Profesional !!

Kehidupan pelakon cantik Rita Rudaini bersama anak-anaknya sering menjadi tumpuan ramai. Rita yang bergelar ibu tunggal ini menjaga dua orang anak lelakinya bernama Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Ketabahan Rita menjaga anak-anaknya meraih perhatian ramai.

Rita sering berkongsi videonya bersama Ryan dan Qaqa mengaji dan mentelaah Al Quran. Cara didikan Rita terhadap anaknya ini juga membuatkan peminat memuji caranya itu. Ketegasannya dalam mendidik semata-mata untuk membentuk mereka menjadi insan yang berguna.

Ryan dan Arjuna juga anak yang ceria dan sangat memahami kesibukan ibu mereka. Pernah dikongsikan oleh Rita sebelum ini, Rita terp4ksa membawa anak-anak mengikutinya untuk menghadiri satu mesyuarat. Mereka membuat homework di restoran sementara menunggu Rita menyelesaikan tugasannya itu.

Meninjau akaun Instagram Rita Rudaini, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan tulisan khat yang ditulis tangan oleh anaknya Arjuna. Wah boleh tahan tulisan Arjuna ini nampak kemas je. Macam seorang yang profesional menulis khat. Terbaik Arjuna !!

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian Rita ini mendapat pujian daripada peminat. Tak sangka Arjuna ni seorang yang kreatif dan berjiwa seni. Antara komen-komen mereka :

” Adik yg tulis ke, berseni sungguh la adik ni… Tak sangka kan.. Cantik dan indahnya tulisan anak Rita.. ”

” Cantik tulisan Juna, tulisan saya pon kalah ni. good luck Juna dan abang belajar rajin2 ye.. “

” Wow hebat juna… Cantik nya khat arab dia kemas je.. “

” Alhamdulillah cantik tulisan. moga tulisan Jawi terus terpelihara. Tahniah sis.. “

” Cantiknya tulisan khat. Rsanya last tulis khat drjah 6 dlu ni jaa.. “

” Juna tulis, wow hebat. cantik sangat tulisannya.. “

” Syantiknye tulisan dia. Nmpak kemas dan teliti.. “

Bagus Juna praktis selalu tulisan jawi. Khatnya tu pun nampak berseni dan boleh diasah lagi supaya lebih mahir. Apa pun, semoga kedamaian keluarga Rita ini sentiasa berkekalan. Kami di Berita Kopak berharap agar Ryan dan Arjuna membesar menjadi anak yang soleh sebagaimana harapan Rita. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rita Rudaini

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..