” Kalau suami mengaku bujang.. ” – PU Azman

Hukum Suami Mengaku Bujang, Adakah Jat0h Talak ? Perkongsian PU Azman Buat Ramai Yang Buka Mata. Tapi Ayat Last Tu Kelakar Ter0k Cik Man !!

PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah bin Alias seorang pendakwah bebas dan mempunyai gaya yang tersendiri dalam menyebarkan dakwah. Mengambil pendekatan santai, bersahaja dan humor dalam siri ceramahnya telah menarik netizen untuk bersoal jawab dengan PU Azman melalui Instagram dan media sosial yang lain.

Bekas pelajar Maahad Ahmadi Gemencheh, Negeri Sembilan ini juga pernah menuntut di Mesir dalam Jurusan Kuliyyah Syariah Islamiyah selama 11 tahun, bijak mengulas isu-isu yang diketengahkan di Instagram PU Azman secara santai dan mudah di fahami. PU Azman juga menjawab isu tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang mudah bagi lebih memberikan kefahaman kepada semua.

Baru-baru ini PU Azman telah mengetengahkan topik hangat berkaitan suami mengaku bujang di Instagram miliknya. Topik ini mendapat reaksi pelbagai netizen yang rata-rata menganggap isu ini adalah isu yang ada terjadi dalam golongan masyarakat pada hari ini.

Menerusi akaun instagramnya, PU Azman ada memberikan penjelasan tentang jat0h talak atau tidak jika mengaku masih single sedangkan sudah berkahwin. Kupasan daripada PU Azman menjernihkan kekel1ruan netizen mengenai perkara ini.

Ikuti perkongsian PU Azman di bawah :

View this post on Instagram

Ulama beza pendapat, kalau suami mengaku bujang, adakah termasuk talak tak jelas atau tak termasuk. . Sebahagian ulama kata, kalau suami berniat talak ketika mengaku bujang, maka jatuh talak. . Sebahagian ulama pula berpendapat, tak jatuh walaupun niat talak. Ini kerana mengaku bujang bukan lafaz talak samada jelas atau pun tidak jelas. . Kalau suami mengaku bujang dengan niat yang tak menipu contohnya niat bujang tiga, maka tidak ada masalah. . YANG JELAS DAN TEPAT, SUAMI MENGAKU BUJANG TIDAK JATUH TALAK. . Pesan Cik Man, bila berlaku masalah rumahtangga khususnya berkaitan talak, terus pergi pejabat agama. Kerana urusan perkahwinan adalah urusan yang difailkan dan melibatkan dokumen dan pembuktian, maka mesti diselesaikan dengan cara yang sama. Walaubagaimanapun, suami mengaku bujang (takder isteri) itu tak jadi masalah, cuma dia berdosa kalau dia menipu. . Yang masalah, kalau suami mengaku takder dara.

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial) on

Perkongsian PU Azman berkaitan kahwin tetapi mengaku bujang mendapat reaksi pelbagai netizen.  Antara komen-komen mereka :

” Suami mengaku bujang masih dara.. Tiada teruna la Cik Man.. Mengaku masih dara lagi h0rr0r kot.. Saya bujang 3… Macammana tu… “

” Bila suami mengaku bujang, isteri-isteri pn boleh la mengaku single lg kan. Ehhh…  Betul gak eh… ibarat kita tak kawin lg sama suami la eh… “

” Trima kasih Cik Man.. Sy pernah alami kes yg Cik Man sebutkn.. Suami mengaku bujang… Sy tanye imam dan jwpn imam same yg cikman huraikn… “

” Dara pun dara la cik man.. Slmt masih bujang… Tapi mengaku dh kahwin… “

” Dulu ckp bujang ramai org nak . Sekarang cakap suami org lagi ramai orang nak…  Ingatkan Cik Man nak mengaku bujang padahal ada teman… “

” Ad0iii.. Ustaz ni dia punya penutup ayat selalu buat orang sak1t usus… “

” Alamakk Cik Man.. Kalau suami tak ngaku bujang tapi orang syak bujang acaano.. Muahhaahhaa… “

PU Azman menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak mengelirukan pihak yang lain. Kalau bujang mengaku bujang. Kalau sudah berpunya mengaku dan terangkan dengan jelas kepada yang lainnya.

Silakan SHARE…

Sumber : IG PU Azman, Portal Chenta Manis

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..