” When kakak challenges daddy. Challenge accepted, really ??? “

Video Anak Eizlan Yusof, Vie Zaara Menari Rap Buat Ramai Kagum. Wah, Ada Bakat Dan Gaya !!

Vie Zaara merupakan permata hati sulung kepada Eizlan Yusof dan Vie Shantie. Vie Zaara mempunyai dua orang lagi adik-beradik iaitu Zareef Yusof dan Vie Zaalia. Zareef Yusof mengikut jejak langkah bapanya menjadi seorang pelakon.

Eizlan dan Vie Shantie sudah berp1sah dan masing-masing sudah berkahwin lain serta mempunyai keluarga sendiri. Walaupun begitu, hubungan Eizlan dan bekas isterinya sangat baik demi menjaga kebajikan anak-anak yang semakin membesar.

Eizlan baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita berketurunan serani bernama Natasha Rosa Boudville pada Disember 2019. Majlis perkahwinan mereka berlangsung selama 4 hari berturut-turut dan menelan kos sebanyak 1 juta ringgit.

Menerusi akaun Instagram, Eizlan berkongsi video anak sulungnya, Vie Zaara menari rap. Menurutnya, Zaara mencabar dirinya untuk menari sebegitu. Namun gaya Zaara menari mendapat pujian netizen kerana kelihatan begitu hebat seperti seorang penari profesional.

Tonton video di bawah :

” When Kakak @viezaarakhan challenges daddy… challenge accepted… really??? “

Rata-rata netizen memuji gaya tarian Zaara. Antara komen-komen mereka :

” Wow she is so amazing… Dato. So daddy take the challenge you can do it.. “

” Cantiknya dn lembut je movement dia.. “

” Hebat tu Zara.. “

” Alololo shes got style .. “

” Go go dady… habis la c bapa ni… cute bah c kakak… “

” Hebat sangat anak perempuan abg ni.. sy seorang lelaki tngk pn tkut… tkut kena bom.. “

Wah, hebat Vie Zaara menari. Adakah Eizlan Yusof akan menyahut cabaran anaknya ini untuk menari rap. Ramai netizen yang memberi komen supaya Eizlan menyahut cabaran tersebut. Nampaknya Eizlan kena berlatih jika ingin menyahut cabaran tarian itu. All the best !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eizlan Yusof by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..