” Untung lah bakal suami dia.. “

Sherry Alhadad Kongsi Video Beliau Menyanyi Sambil Main Gitar Khas Buat Bakal Suaminya. Wowww.. Macam Dah Tak Lama Je Sherry Nak Naik Pelamin !! 

Shariffah Mariam Binti Syed Abdullah Al Hadad atau lebih dikenali sebagai Sherry Alhadad merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara TV terkenal. Beliau dilahirkan pada 17 November 1984 dan kini berusia 36 tahun. Beliau juga bergelar pensyarah di Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang teater.

Bakat lakonan Sherry bermula ketika menuntut di ASWARA dan kemudiannya dibawa ke industri lakonan oleh pengarah Shahrulezad Mohamamedin menerusi telefilem “Sutun” pada tahun 2006. Sejak itu dia bergelar pelawak dan pengacara TV terkenal termasuk pernah mengacarakan program sensasi Melodi TV3.

Penglibatan awalnya dalam bidang seni bermula menerusi teater “Atap Genting Atap Rumbia” (2004) arahan Marlia Musa ketika melanjutkan pengajiannya. Teater sudah diakuinya sebagai makanan penting. Sherry pernah beraksi dalam teater yang pecah panggung seperti watak penting sebagai Nyonya dalam “Mak Dara Nyonya” (2011) dan “Nyonya & The Gang” (2012).

Menerusi perkongsian terbaru, Sherry telah memuatnaik satu video merakamkan beliau bernyanyi sambil bermain gitar. Lagu yang dinyanyikan oleh Sherry itu khas buat bakal suaminya. Sherry menyanyikan lagu bertajuk ‘Sampai Tua’ yang dinyanyikan oleh penyanyi asal lagu tersebut iaitu Aizat.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah :

” Lagu untuk bakal suami shayeeee.. Cer teka shiapeeee ?? “

View this post on Instagram

Lagu untuk bakal suami shayeeee.. cer teka shiapeeee??

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

Rata-rata netizen terhibur dengan nyanyian Sherry tersebut dalam video itu. Antara komen-komen tersebut :

” Amboi powernya dia.. “

” Nak kawin dengan abg sye tk.. Hihiiii.. “

” Mcm nak puk0l je dia nih.. “

” Awwwww did nyanyi lagu tu utk i ?? Babyyyyyyyyyy..”

” Hehhee yg slalu mention sherry my jodoh.., My sayang.. “

” Nyayian cikgu menusuk jiwa … Mesti bakal suami suka, sweet cute.. “

” Lirik berunsurkan keagamaan skit ya.. “

Woww !! Berunt0ng lah bakal suami Sherry tu, siap Sherry menyanyi lagi khas untuk si dia. Nampak saja Sherry ni  kelakar, tapi romantik tau. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Sherry sentiasa dimurahkan rezeki dan cepat naik pelamin, Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Sherry Alhadad by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..