” Wahhh happy birthday queen of our heart.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Dayang Nurfaizah Dengan Simbol Mini Love Serta Kapsyen Yang Sweet, Posting Hael Husaini Buat Peminat Teruja. Respon Dayang Pun Sweet Jugak. Tapi Kenapa Lepas Tu Hael Tukar Kapsyen Yer !!

Lagu Jamp1 telah menaikkan nama penyanyi,penulis lagu dan komposer terkenal Hael Husaini di persada muzik tanah air. Hael memulakan kerjaya seninya dengan menyertai pertandingan Mentor Tv3 bergandingan bersama rakan duonya Erul Samah.

Selepas rancangan Mentor, Hael telah menyertai program realiti TV, Akademi Fantasia pula bersama temannya Azhar, mereka menubuhkan kumpulan duo yang diberi nama Azhael dan telah bergelar naib juara pada ketika itu namun tidak lama selepas itu Hael telah mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpula dua tersebut.

Tidak hanya berdiam diri, Hael mengorak langkahnya sebagai seorang penyanyi solo dan single yang berjudul Jamp1 ini telah melonjakkan kembali namanya dalam dunia seni muzik. Umum mengetahui Hael berkawan rapat dengan penyanyi Dayang Nurfaizah.

Menjengah ke laman instagram milik Hael, kita dapat melihat Hael telah memuat naik gambar Dayang Nurfaizah sempena dengan ulang tahun kelahiran Dayang  dengan kepsyen ayat yang menjadi tanda tanya kepada peminat-peminat Hael dan Dayang.

Pada mulanya Hael menulis HBTYL. Peminat mengandaikan ianya singkatan bagi ayat ‘Happy Birthday To You Love’. Namun kapsyen itu telah diubah semula oleh Hael. Alahai, kenapa tukar Hael. Amboi terus sambung sampai Z, hehehe !!

Mari kita lihat gambar yang dikongsi oleh Hael :

View this post on Instagram

HBTYLMNOPQRSTUVWXYZ

A post shared by HH (@haelhusaini) on

Postingan daripada Hael ini mendapat jawapan balas yang ringkas daripada Dayang namun penuh makna tersirat :

Respon daripada peminat jugak mengundang tanda tanya :

Alahaiii nampak sweet sangat Hael dan Dayang ni, perkongsian Hael ini juga mendapat pelbagai komen daripada peminat. Antara komen-komen ialah :

” Happy birthday to you love. Agaknyaa laaa HBTYL tuh.. “

” Auchhhh semut berkawad due due ho0rah h0reyhhh.. “

” Tengok sekali je aut0matic dah faham HBTYL tu apa. aduudu sweet sangattt.. “

” Happy Birthday To You, Love ? Aaaah so sweet.. “

” Sweet Happy Birthday Dayang. Semoga di rahmati oleh Allah selalu hendaknya Aamiin.. “

” Wahhhhhhhh happy birthday queen of our heart..”

” Happy birthday queen dayangsayangkamu semoga berbahagia bersama orang tersayang.. “

” Happy birthday to dayangsayangkamu. Have a blessed one.. “

” Insyaallah mudahan berjodoh doa yg baik2 je, bersemut sangat.. “

Aduhaii bersemutnya tengok Hael dan Dayang ni. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir buat Dayang Nurfaizah, semoga panjang umur murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Bila lagi nak makan nasi minyak ni Haeyang.

Terima Kasih kerana membaca..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hael Husaini

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..