” Jika mak ada, mesti dia gembira sangat anakku.. ” – Ayah Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew Kongsi Video Bersama Ayahnya Di Depan Elewsmart. Namun Kapsyen Ustaz Ebit Buat Ramai Yang Tersentuh Hati.  Tahniah Ustaz, Terharunya Tengok !!

Siapa yang tidak kenal dengan pendakwah dan penceramah yang terkenal dengan sifat dermawannya iaitu Ustaz Ebit Lew. Selain berdakwah dan mempunyai perniagaan seperti restoran, butik pakaian dan khidmat latihan, Ustaz Ebit baru-baru ini telah mengumumkan akan membuka 10 cawangan pasaraya.

Semalam, pasaraya milik Ustaz Ebit iaitu Elewsmart sudah membuat pembukaan rasmi di Bandar Baru Bangi. Dikatakan pengunjung beratur panjang untuk mendapatkan produk jualan yang murah daripada pasar raya lain. Kehadiran pengunjung yang ramai sudah dijangkakan.

Nama Ustaz Ebit semakin hang4t diperkatakan kini kerana kerja amal dan bantuan yang dihulurkan tanpa mengira wang ringgit dan penat lelah. Lagi-lagi ketika negara sedang berper4ng dengan C0v1d-19, Ustaz Ebit tampil membantu golongan yang susah dan memerlukan bantuan makanan, kewangan dan tempat tinggal.

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, Ustaz Ebit telah memuatnaik posting berbentuk video. Video tersebut memaparkan Ustaz Ebit bersama ayahnya di hadapan Elewsmart. Ayahnya berada di situ sempena pembukaan secara rasmi pasaraya tersebut semalam.

Menurut Ustaz Ebit, ayahnya membisik ke telinganya mengenai kegembiraan ibunya. Kata ayahnya, sekira ibunya masih ada, pastinya ibunya akan merasa gembira melihat kejayaan demi kejayaan yang dicapai olehnya. Tambah ayahnya, ini adalah berkat daripada doa ibu.

Di bawah ini adalah video tersebut. Jom tonton !!

Perkongsian daripada Ustaz Ebit ini buat ramai tersentuh serta mendapat pujian dan doa daripada netizen. Mereka juga menyatakan kesyukuran atas setiap usaha Ustaz Ebitdalam menjaga ayahnya. Ini antara komen-komen mereka :

” Allahuakbar terharunya saya, Tahniah ustaz dan semoga ustaz dapat jaga ayah dgn baik.. “

” Semoga ustaz sekeluarge dikurniakan kesihatan yg baik & murah rezeki.. “

” Alhamdulillah, semoga Allah membalas jasa baik ustaz, niat ustaz sangat baik nak tolong semua orang. Saya doakan ustaz dimurahkan rezeki.. “

” Subhanallah, peribadi ustaz terzahir dari ibunda & ayahanda tersayang, moga Allah SWT sentiasa merahmati ustaz dan keluarga.. “

Alhamdulillah Ustaz Ebit, pelbagai kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh ustaz. Berkat doa orang tua buat Ustaz dan kebaikan serta keikhlasan Ustaz, Allah limpahkan rezeki berganda yang tidak pernah put0s. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga kebaikan dan rahmat Allah senantisa mengiringi Ustaz Ebit. Amin..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ustaz Ebit Lew

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..