” Wah rezeki Rina, untung la. Penghabisan kata yang kelakar tu, haha.. ” – Netizen

Ryzal Ibrahim Kongsi Info Tentang Hadiah Hari Lahir Kerajaan Korea Buat Warganet Teruja. Wow Punyalah Banyak, Untung Lah Rina. Ayat Last Ryzal Tu Lawak. Maryam Tengok Ryzal Ni !!

Pada masa sekarang, pasangan Youtuber, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim serta anak perempuan mereka, Nik You Rina berada di Korea. Pulang ke kampung halaman Maryam setelah beberapa tahun tidak dapat balik, Rina antara orang yang paling seronok.

Selain dapat bertemu keluarga mommynya, bermain salji itu menggembirakan anak kecil ini. Meninjau entry terbaru Ryzal di Instagramnya, telah dikongsikan sekeping gambar mereka sekeluarga berserta kapsyen bercerita tentang hadiah hari lahir Kerajaan Korea.

Kata Ryzal, Korea mengalami isu Low Birthrate dan ini membuatkan manifesto kerajaan Korea ini dilaksanakan. Sempena menyambut kelahiran anak pertama, mereka akan diberikan hadiah wang tunai sebanyak RM3500.

Anak kedua dan ke atas pula diberi sebanyak RM10,500. Wang bantuan setiap bulan juga diberi sehingga anak itu berusia 8 tahun. Untuk Rina, hanya elaun bulanan yang boleh dituntut kerana Rina lewat mendaftar kelahirannya di Korea.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Ryzal ini telahpun mendapat perhatian daripada warganet. Wah ramai nampaknya yang teringin hendak mencari pasangan warganegara Korea. Antara komen-komen mereka :

” Wow so the 2nd one lahir kat korea la ryzal and maryam. Nak cari org korea gak lah camni. Part buat muka kelakar haha.. “

” Ada org korea yg boleh direkomen unt saya hehe. Syukur Alhamdulillah, bagus juga ya Kerajaan Korea bg insentif utk rakyat dia.. moga rezeki Rina n adik2nya melimpah ruah lagi di masa akan dtg.. jd anak2 sollehah n solleh kebanggaan ibuayah.. “

” Thanks for this info.. Lakiku pon tak tahu mende ni.. Tahun depan gak ktorg balik daftar anak.. hehehe.. “

” Wah rezeki Rina.. Untung la.. ok next kena tambah lagi seorang. Abaikan muka maryam yang macam tu haha.. “

” Nk pindah korea la, Cari calon Korea la gitu. Banyak dapat duit hehe. Wow alhmdulillah rezeki rina. untg rakyat korea, baru tau info ni.. “

” Penghabisan kata yg kelakar tu, dah kenapa kamu rizal haha. Info yg menarik , lepas ni ada peluang .. ajak maryam beranak dekat sana.. “

” Wah bestnya, kena cari jodoh Korea ni. Ayat last skali win, lambett lah lagi gamaknya tu Rina nak ada adik haha.. “

Untung Rina ada 2 kerakyatan, ada juga rezeki Rina walaupun lambat. Jadi Ryzal perlu usahakan lah untuk bagi Rina adik dan dilahirkan di Korea pula. Abaikan sahaja muka Maryam tu, teruskan usaha Ryzal, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ryzal Ibrahim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..