” Merc1k makeup, ngam betul. Pengantin pun cantik sangat.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Fatin Afeefa. Part Gambar Close Up Fatin Lepas Makeup Dengan Dato’ Alha Alfa Tu Memang Cantik, Naik Seri Sungguh !!

Semalam, meninjau di akaun Instagram pelakon dan penyanyi, Bella Astillah telah berkongsi beberapa gambar dan video sekitar majlis perkahwinan pelakon Fatin Afeefa dan pasangan. Kelihatan Fatin memilih busana serba putih dan manis bertudung ketika majlis perkahwinannya.

Selain berkongsi gambar-gambar, Bella turut menitipkan kata ucapan tahniah dan mendoakan rumah tangga Fatin pada kali ini akan kekal bahagia. Bukan sahaja Bella, akaun Instagram Xtra turut berkongsi video Fatin ketika berada di atas pelamin.

Selain itu, jurusolek selebriti, Dato’ Alha Alfa juga berkongsi gambar close up Fatin yang telah mengenakan hasil solekan tangannya untuk bergelar raja sehari. Perkongsian video dan gambar-gambar tersebut telah mencur1 perhatian warganet.

Ada yang menyatakan yang Fatin kelihatan begitu anggun dan wajahnya begitu berseri pada hari bahagianya itu. Sehingga kini, perkongsian sekitar majlis perkahwinan Fatin telah menerima puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian tersebut dan telah menitipkan kata ucapan tahniah buat Fatin yang telah bergelar isteri. Antara komen-komen menarik adalah :

” Merc1k makeup, ngam betul pengantin pun cantik sangat. Naik seri kalah anak dar4 lah. Tahniah Fatin dah jadi isteri orang.. “

” Alhamdulillah, tahniah Fatin dan suami. Cantik bertul Fatin di hari bahagia. Diam2 terus je kahwin.. “

” Alhamdulillah, tahniah. Moga sentiasa bersatu hingga ke Syurga. Handsome pengantin lelaki, memang nmpak sepadan.. “

” Selamat pengantin baru Fatin Afeefa, semoga berbahagia hingga ke jannah.. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. “

” Ya Allah tk sangka. Setelah lama single, akhirnya sekali lagi bergelar isteri. Tahniah Fatin, semoga kebahagiaan milik kamu.. “

” Cantik gil4 makeup Dato, naik seri betul. Tak pernah mengecew4kan hasil tangan Dato. Tahniah Fatin.. “

” Nampak cantik sangat2, seri macam anak dar4. Tahniah Fatin dan suami, tumpang happy tengok hari bahagia Fatin.. “

Woww berseri-seri lah wajah Fatin, patut lah ramai yang memuji sebab cantik. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah buat Fatin dan pasangan, semoga ikatan perkahwinan yang baru dibina ini akan kekal bahagia hingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG bellaastillah, xtra_my, alhaalfa, fatinafeefa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..