” Wah cantiknya deco. Lagi cantik dari bilik aku. Cool je nampak.. ” – Netizen

Eyra Hazali Kongsi Gambar Bilik Bakal Bayinya Yang Bakal Lahir. Wah Cantik Dan Teratur Betul. Serba Lengkap. Terbaik Eyra !! 

Semakin sarat mengandung, kandungan Eyra Hazali kini sudah pun mencecah lapan bulan. Menghitung hari untuk bersalin, Eyra juga seperti bakal ibu lain. Menyiapkan semua keperluan untuk bayi yang bakal lahir, Eyra dan Haziq turut menghias bilik bayi mereka.

Untuk makluman, pasangan ini berkahwin November tahun lalu. Menikah pada usia muda, Eyra dan pasangannya Muhammad Haziq Nadzli ceria dan bahagia bersama. Haziq adalah penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim, JDT.

Wajah Eyra semakin berseri-seri sejak mengandung. Peminat juga tidak sabar menanti untuk melihat bayi mereka nanti. Eyra juga sudah memaklumkan pada posting terdahulunya bahawa mereka bakal menimang cahayamata lelaki.

Menerusi akaun Instagram, Eyra Hazali telah berkongsikan beberapa keping gambar bilik bakal anaknya yang digelar baby H. Dekorasi yang simple namun kemas dan teratur buat suasana kelihatan tenang sekali. Wah dah tak lama baby H on the way tu. Bilik pun nampak berseri-seri.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Rata-rata netizen memuji dekorasi bilik baby H ini. Antara komen-komen mereka :

” Cantiknya bilik. Esh kita pulak yg eksaited hshhshshshh.. “

” Lawa nye deco. Cute je bilik baby.. “

” Wahh, cantiknya bilik baby. Tak sbar nk tunggu baby H keluar.. ” 

” Wow, Cantiknya. tak sabarnya nak tengok baby eyra hazali.. Semoga allah permudahkan semuanya, dan kedua2nya sihat dan selamat.. “

” So beautiful bilik baby. Lagi cantik dari bilik aku.. “

” Cantik sangat bilik baby H ni. Cool je nampak.. “

” Wahh cantiknya deco. Suka tengok.. “

Kemas dan teratur je tengok bilik baby H yang bakal lahir ni. Pasti Eyra mahukan yang terbaik dan selesa untuk bakal buah hati barunya itu nanti. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar Eyra dipermudahkan segala urusan untuk bersalin nanti. Semoga semuanya berjalan lancar. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eyra Hazali

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..