” So adorable and sweetest gift. Raudhah cantik.. ” – Netizen

Datin Shahida Kongsi Gambar Terbaru Si Comel Raudhah. SubhanAllah Cantiknya Mata, COpy Paste Muka Mama Ni !! 

Raudhah Arshiyah Binti Aliff Syukri itulah nama si kecil anak kepada pasangan usahawan popular di Malaysia iaitu Dato’ Aliff Syukri dan isterinya Datin Nur Shahida. Bayi comel ini merupakan anak kelima mereka. Terdahulu mereka telah memiliki tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Nama Raudhah membawa maksud Taman Terbaik. Raudhah menjadi pengikat kasih antara ibu dan ayahnya. Pelbagai masalah dilalui kedua ibubapanya namun mampu di atasi dengan baik. Berdamai merupakan jalan yang terbaik demi anak-anak mereka.

Selain Raudhah anak-anak Datin Shahida yang lain bernama Ammar Ahhyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi dan seorang anak angkat bernama Ameena. Dato Aliff dan Datin Shahida sentiasa berkongsi gelagat dah keletah comel anak-anaknya di laman instagram milik mereka.

Terkini Datin Shahida memuatnaik gambar Raudhah yang tersenyum manis. Wajah Raudhah saling tak tumpah seiras ibunya Datin Shahida. Memiliki sepasang mata yang bulat dengan alis mata yang lentik serta hidung yang mancung menambahkan lagi kecomelan Raudhah.

Jom kita lihat gambar dibawah :

Gambar yang dikongsi ini turut mendapat komen daripada netizen. Antaranya :

” SubhanAllah comelnyaa raudhah.. “

” Dy punya mata tu bulatnya la. Cuteeee cak pom pom.. “

” Anak bongsu kena la conquer ig Mak.. “

” Bila memandang muka baby. tenang je.. “

” Cantiknyaaa nye mata. SubhanAllah. Copypaste muka mama nih.. “

” Syomel sangat nih geram auntie tengok.. “

” So adorable and sweetest gift. Raudhah cantik.. “

Alahaii comel betul Raudhah ni. Semoga Raudhah menjadi anak yang solehah. Penyejuk hati kedua ibu bapa, taat kepada perintah Allah dan terangkan hatinya dan jadikanlah dia insan yang berguna kepada agamamu. Semoga Raudhah sekeluarga bahagia hingga ke Jannah. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Shahida

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..