” Wah, cantik Datin. Ingat siapa tadi, berseri-seri.. ” – Netizen

Video Penampilan Datin Almy Nadia Memakai Hijab Ketika Bercuti Bersama Keluarga Raih Perhatian Peminat. Wah Nampak Manis Dan Ayu Sangat Penampilan Almy Walaupun Tampil Ringkas !!

Meninjau ke akaun Instagram fizzalmyofficial iaitu akaun instagram kelab peminat pasangan ini, perkongsian terbaru yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Video tersebut memaparkan percutian keluarga ini di Genting Highland.

Apa yang paling mencur1 perhatian ramai ialah penampilan Datin Almy Nadia di mana Almy mengenakan tudung. Ramai memuji penampilan Almy ini yang nampak sangat manis walaupun tampil secara ringkas.

Video ini dirakamkan ketika mereka sekeluarga berada di dalam kereta kabel menuju ke Genting Highlands. Dato’ Fizz Fairuz meluangkan masa bersama keluarga dengan membawa mereka bercuti sebelum memulakan filem terbaru.

Sekadar info, hasil perkongsian pasangan ini selama lapan tahun telah dikurniakan seramai empat orang cahaya mata yang kesemuanya perempuan. Sejak mendirikan rumahtangga juga Almy sudah lama men1ngg4lkan dunia seni kerana menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Almy dan mendoakan agar Almy terus bertudung. Antara komen-komen yang diberikan :

” MasyaALLAH shanteq nye Datin Almy jgn gh1sau ape org dok mengata k… BIG is owaes BEAUTIFUL inside out.. “

” Ayu berseri2 datin berhijab semoga istiqamah syukur Alhamdulillah aamiin.. Suka tengok datin Almy bertudung .. “

” Wah cantik datin.. ingat sape td.. berseri2.. Almy pakai tudung.. serius cantiknya… terus pakai tau… Harap teruskan bertudung.. “

” Happy holidays. Enjoy & have fun. Cantik berserinya Datin bertudung.. Anak anak datin comel comel… semuanya .. “

” Subhanallah cantik sguh bila bertudung.. Datin.. Alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan segala urusan datin n datuk .. “

” Alhamdulillah.. cantik Datin Almy. Happy family.. Alhamdulillah.. 1st time komen.. Ur wife sgt cantik bertudung.. nmpak ayu je pkai tudung bawal.. nice.. “

” Cantik bertudung almy.. alhamdulillah.. Datinn memang dah cantiikk, pkai tudung lagi bertambah ayuu. anak2 bertuah punye ayah mama yg sporting , semoga terus bahagia.. “

Walaupun tiada sebarang pengumuman dari Almy tentang penampilannya yang bertudung, namun sama-sama kita men semoga Almy terus istiqomah. Semoga keluarga ini terus bahagia sehingga ke jannah. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizzalmyofficial

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..