” Macam mana dia layan mak dia, macam tu la dia akan layan wife dia.. ” – Netizen

Melayan Ibunya Zaleha Dengan Baik, Sikap Fikry Ibrahim Dipuji Peminat. Pandai Fikry Membahagiakan Ibunya Yang Uzur. Seronok Dengar Gelak Ketawa Dan Gurau Senda Tu !!

Pelakon bernama Fikry Ibrahim antara hero yang menjadi pujaan ramai peminat. Sikap Fikry yang baik dan peramah dengan kawan-kawan artis dan peminat membuatkan Fikry disenangi oleh semua orang.

Meninjau akaun Instagram Fikry Ibrahim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fikry ketika bersama ibunya, Zaleha. Menurut laporan portal Utusan Malaysia, kesihatan ibu Fikry semakin baik dan tahap 0ksigennya kembali normal setelah dij4ngkiti C0v1d-19 baru-baru ini.

Sebelum ini juga, ibu Fikry sememangnya uzur dan terkena ser4ngan angin ahm4r sehinggakan Fikry terp4ksa melupakan seketika dunia lakonan demi menjaga dan menumpukan perhatian kepada ibunya ini.

Dalam video ini, ibu Fikry yang berkerusi roda diminta oleh Fikry supaya berdiri kerana sudah lama tidak berdiri. Fikry cuba membantu ibunya ini berdiri dan sempat beberapa saat sahaja kerana kain ibunya ingin terlucut. Pasti Fikry bahagia mendengar si ibu ketawa dengan us1kannya itu.

Jom tonton video di bawah :

Video oleh Fikry ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat dan sehingga kini mencatatkan lebih 4000 likes. Antara komen-komen peminat :

” Semoga dipermudahkan segalanya brother. Anak soleh, Tengok mcm mana dia layan mak dia, mcm tu la dia akan layan wife dia one days.. semoga dipermudahkan urusan family fikry.. “

” Semoga dipermudahkan urusan fikry dan bonda. Syukur alhamdulillah, p4yah nak cari anak yang baik dan berbudi pekerti. Semoga bondanya bertambah sihat.. “

” Fikry anak yang baik, jagalah ibu selagi ibu masih ada. Syurga awakm bersabarlah dalam apa jua dugaan.. “

” Kagumnya dengan Fikry ni. Dalam kesibukan kerja pun, tetap menjaga ibu. Semoga emak sihat sihat selalu.. “

” Akan jadi kenangan indah, bagus Fikry berbakti untuk ibu sehabis baik. Semoga mak Fikry dikurniakan kesembuhan dan umur yang panjang.. “

” Best man, terbaiklah Fikry. semoga terus diberi kekuatan untuk berbakti kepada syurga mu. Jika redha ibu itu adalah redha Allah, rebutlah segenap ruang & peluang utk m’bahagiakannya.. “

” Tak sangka dalam kesibukan ada masa melayan mak. Semoga mendapat ganjaran yang baik dari Allah, Seronok tengok Fikry layan mak.. “

Alhamdulillah rezeki Fikry masih boleh berbakti pada ibunda tercinta. Semoga ibu Fikry diberikan kesembuhan oleh Allah dan gembira selalu bersama anak tersayang. Terus membahagiakan ibu ye Fikry, salute dengan Fikry.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fikry Ibrahim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..