Video Sekitar Majlis Pernikahan Reen Rahim Dengan Suaminya, Hazim Zainal

Dengan Sekali Lafaz Reen Rahim Sah Bergelar Ieteri Kepada Hazim Zainal. Wah Sama Cantik Dan Sama Padan Kedua-Dua Mempelai. Handsome Juga Mr H Reen Ni Yer !!

Baru sahaja beberapa jam yang lepas, Reen Rahim berkongsikan gambar-gambar sekitar majlis berinai bertemakan Bollywood. Deb4ran menanti detik Reen diijabkabulkan bersama jejaka pilihan hatinya akhirnya berakhir kini.

Menerusi akaun Instagram Official Hlive, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan saat indah buat Reen dan pasangannya, Hazim Zainal. Tanggal 24 Disember menjadi pilihan kedua mempelai untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Alhamdulillah hanya dengan sekali lafaz sahaja, Reen sah bergelar isteri kepada Mr H nya ini. Tampil indah dalam busana pengantin berwarna putih, Hazim juga mengenakan baju melayu yang serona warnanya dengan isteri tercinta.

Dekorasi pelamin yang dihiasi bunga-bungaan berwarna-warni menambahkan lagi keserian majlis Reen dan Hazim ini. Bora Ombak menjadi saksi penyatuan mereka dan segalanya tampak sempurna dan mengikut perancangan.

Jom tonton video di bawah :

Sama cantik sama padan, bagaikan pinang di bel4h dua pasangan mempelai ini. Inilah wajah si dia yang berjaya melembutkan hati Reen. Hah Hazim, bersedialah menghadap isteri yang perangai happy go lucky dan ceria selalu seperti Reen ini, hehe.

Akhir kata daripada kami di Berita Kopak, tahniah buat Reen dan pasangan atas pernikahan ini. Semoga ikatan yang terbina ini sentiasa disulami dengan rasa kasih sayang, dirahmati oleh Allah dan berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hlive, IG Reen Rahim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..