” 4 bulan menyepi diri menjaga bonda tercinta, you did the best thing brother.. ” – Netizen

Video Remy Ishak Menyambut Ulangtahun Kelahiran Ibunya, Basrah Bersama Keluarga Raih Perhatian Peminat. Alhamdulillah, Makin Sihat Ibu Remy. Comel Je Minta Hadiah Tu. Beli Remy Jangan Tak Beli, Hehe !!

Sekitar pada bulan Ogos yang lalu, aktor Remy Ishak ada berkongsikan perihal ibunya, Basrah Binti Md Dris yang membuat rawatan pembed4han jantung. Ramai yang menitipkan doa untuk keselamatan dan kesihatan ibu Remy pada ketika itu.

Terus berdiam tanpa sebarang berita, kini Remy berkongsikan video terbaru bersama ibunya itu. Meninjau entry terbaru Remy di akaun Instagram, video Remy bersama ahli keluarga yang lain menyambut ulangtahun kelahiran ibu mereka ini dikongsikan.

Tahun ini genaplah usia ibu Remy yang ke 64 tahun. Ucapan syukur diucapkan oleh Remy kerana ibunya kini sudah beransur pulih. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih untuk semua doktor dan petugas yang bertungkus lumus yang merawat ibunya.

Seronok melihat wajah gembira ibu Remy. Ketika Remy menyebut tentang hadiah, ibunya meminta tilam. Alahai comel betul ibu Remy ni, minta tilam mahal terus makcik yer hehe. Hati ibu, tentu bertambah bahagia apabila diraikan sebegini oleh anak-anak dan menantu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Remy ini telahpun meraih puluhan ribu likes daripada warganet dan antara komen-komen yang diberikan :

” Tak ada apa boleh gantikan rasa bahagia tenang lega bila tgk ibu tercinta sihat sejahtera.. faham sgt rasa itu. Moga ibunda terus kuat dan sihat.. “

” Sdr Remy … 4 bulan sdr menyepi diri dari postings IG demi mengabdikan diri menjaga bonda tercinta. You did the right and the best thing brother.. “

” Alhmdulillah slmt hari lahir buat mak remy ishak. mak teringin nak tilam coway mi hehe.. “

” Alhamdulillah Syukur Ya Allah Mak dah kembali sekali sihat Aamiin Ya Rabb. Seb4k dengar your mak cakap “belikan mak tilam”.. “

” Alhamdulillah, semoga semakin sihat & dipanjangkan umur. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik utk Mak.. “

” Sanah Helwah buat bonda Remy.. moga terus dikurniakan kesihatan yg baik & diluaskan pintu rezeki & dimudahkan urusannya… Aamiin.. “

” Alhamdulillah mak Remy da sihat… slmt hari lahir.. semuga di pnjng kn umor di murah kn rezeki.. kesihatan yg baik… sentiasa di dlm Rahmat kasih sayang Allah swt.. “

Alhamdulillah ibu Remy kelihatan semakin ceria dan sihat. Semoga ibu Remy ini dikurniakan oleh Allah kesihatan yang baik, umur yang panjang dan terus gembira bersama keluarga tersayang. Selamat hari lahir buat ibu Remy.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Remy Ishak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..