Video Anak Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden Ketawa Terbahak-Bahak Apabila Dengar Ibunya, Noor Nabila Bat0k

Cara Jebat Gelak Buat Ramai Terhibur. Alahai, Ger4m Sangat !!

Jebat Jayden Ahmad adalah salah seorang si cilik yang sering menjadi perhatian di media sosial. Jebat merupakan anak kepada pasangan selebriti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor. Sharnaaz berkahwin dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017.

Noor Nabila merupakan kakak kepada selebriti, Neelofa. Mereka dikurniakan Jebat Jayden Ahmad yang dilahirkan pada 30 Ogos 2018 iaitu pada hari lahir Sharnaaz yang ke-33. Namun rumahtangga mereka menghadapi k0nflik sehingga viral di media-media sosial.

Terdahulu, Jebat pernah menjalani pembed4han ak1bat jangk1tan saluran kenc1ng ketika dia berusia lapan bulan. Alhamdulillah, pembed4han tersebut berjalan dengan lancar dan Jebat semakin sihat dan semakin ceria sehingga ke hari ini.

Menerusi akaun Instagram, video Jebat telah dikongsi untuk peminat-peminat si cilik ini. Jebat didukung oleh seseorang dan ibunya pula merekod videonya. Namun apabila ibunya terbat0k, Jebat terus ketawa. Lalu ibunya dengan sengaja pura-pura bat0k dan Jebat kembali ketawa terkekeh-kekeh. Apa yang kelakar sangat tu ye Jebat ?

Alahai comelnya Jebat, ketawa pun comel. Ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati dan menghiburkan.

Tonton video di bawah :

” @jebatjayden ketawa dengar mommy @noornabila bat0k.. “

Seperti anak selebriti lain, Jebat juga mempunyai akaun media sosialnya sendiri dengan nama jebatjayden. Sehingga kini ada seramai 289 ribu orang pengikut di Instagram Jebat. Wajahnya yang comel menyebabkan netizen sentiasa menanti video dan gambar Jebat.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Jebat membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan juga akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kanak Kanak Channel. Noor Nabila by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..