” Solat jap.. “

Video Siti Aafiyah Bersolat Apabila Mendengar Ibunya, Dato Siti Nurhaliza Menyebut AllahuAkbar. Alahai, Comelnya !!

Setiap hari ada sahaja video yang dikongsikan mengenai Siti Aafiyah di media sosial. Aafiyah semakin hari semakin popular seperti seorang selebriti. Apa sahaja video yang dikongsikan mengenai Aafiyah pasti menarik perhatian netizen seperti ibunya, Dato Seri Siti Nurhaliza.

Siti Aafiyah merupakan anak kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Dato’ Seri Khalid Muhammad Jiwa. Pasangan ini dikurniakan zuriat selepas 11 tahun berkahwin. Pastinya kehadiran Siti Aafiyah menambahkan lagi penyeri rumah tangga mereka.

Tidak seperti selebriti lain, Dato’ Siti tidak membuat akaun Instagram khas untuk anaknya, Aafiyah. Namun kebanyakan akaun Instagram yang wujud di media sosial dibuat oleh para peminat Dato’ Siti dan mempunyai pengikut yang sangat ramai.

Menerusi akaun Instagram, lagi video Siti Aafiyah dikongsi untuk tatapan para peminatnya. Aafiyah yang comel bertudung dan berbaju kaftan membuat gaya bersujud apabila ibunya menyebut AllahuAkbar. Wah, pandainya Aafiyah nak bersolat.

Tonton video di bawah :

” Solat jap @ctdk “

Kanak-kanak seusia Aafiyah sememang pandai meniru apa sahaja gaya ibubapanya serta adik-beradik lain. Semestinya Aafiyah sudah biasa melihat ibubapanya bersolat dan apabila melihat sejadah atau mendengar perkataan AllahuAkbar terus dia tahu waktu untuk bersolat. Alahai, ger4m tengok Aafiyah ni.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kanak Kanak Channel, Dato’ Siti Nurhaliza by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..