” Untungnya Fluffy dapat sambut birthday, meriah sangat.. “- Netizen

Nadiyah Shahab Kongsi Video Majlis Sambutan Hari Lahir Kucing Peliharaannya, Fluffy Yang Ke 1 Tahun Raih Perhatian Warganet. Amboi Fluffy Siap Makan Kek Lagi, Berselera Betul Dia. Comel Sangat !!

Meninjau di akaun Instagram pelakon Nadiyah Shahab telah berkongsi satu video yang memaparkan Nadiyah telah mengadakan majlis sambutan hari lahir kucing peliharaannya, Fluffy yang ke 1 tahun. Dalam video itu, kelihatan majlis telah berlangsung dengan penuh meriah.

Malah dekorasi dan kek hari lahir Fluffy turut tersedia indah dan nampak menarik sekali. Bertemakan buahan-buahan, kedengaran dalam video para jemputan telah menyanyikan lagu ulang tahun kelahiran untuk Fluffy.

Setelah habis nyanyian, Nadiah telah memegang Fluffy untuk bersama-sama memotong kek. Namun apa yang mencuit hati adalah gelagat Fluffy yang berselera menikmati kek hari lahirnya. Perkongsian video sambutan hari lahir Fluffy itu telah menarik perhatian warganet.

Ada yang menyatakan yang betapa beruntungnya Fluffy kerana memiliki tuan yang sangat menyayanginya. Video sambutan hari lahir Fluffy telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Fluffy. Antara komen-komen menarik adalah :

” Untungnya Fluffy dapat sambut birthday meriah sangat. Ger4m tengok time dia makan tu, hehe comel sangat.. “

” Happy birthday Fluffy, tahniah menjadi owner kucing penyayang dan baik. Moga murah rezeki nanti.. “

” Ala comel dia, hB Fluffy. Semoga sehat gemuk2 sllu. Seronok jd kucing sis,sy pun nk jd kucing la cmni, hehe.. “

” Amboi birthday gempak beb, hehehe comel betul lah. Hanya orang yang pencinta kucing je faham apa perasaan bila tengok video ni.. “

” Happy birthday Fluffy, smoge Fluffy shat2 ye. Kemain dia makan kek, seronok tengok nampak meriah.. “

” Perghhh untungnyaaa dorang, deco birthday pun melet0p beb. Murah rezeki Nadiyah jaga kucing.. “

”  Halah halah comelnya. Fluffy is 1 year old yeayyy, Happy Birthday Sir Fluffy. Meowwww2, kacak betul Sir Fluffy.. “

Woww meriah betul sambutan hari lahir Fluffy. Selain Fluffy, ada lagi seekor kucing peliharaan Nadiyah dan Nadiyah suka berkongsi video di akaun Instagramnya membawa kucing-kucing kesayangannya itu pergi bercuti bersama.

Silakan SHARE..

Sumber : IG nadiyah.shahab

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..