” Untung wife cantik. Lepas ni terus sign contract permanent model for RR.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Baju Rekaan Terkini, Wajah Isteri Pereka Fesyen Ruziani Jamil Cur1 Tumpuan Ramai. Ada Yang Cakap Macam Muka Nelydia Senrose. Memang Let0pss Habis !!

Jenama Rizman Ruzaiani atau RR tidak asing lagi dalam bidang fesyen tanah air. Malah, turut menjadi tumpuan selebriti-selebriti untuk membuat tempahan baju untuk majlis perkahwinan,  majlis anugerah dan lain-lain lagi. Hasil rekaan yang begitu cantik dan bermutu daripada kedua pereka ini turut mendapat kepercayaan ramai.

Kedua-duanya pereka ini telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati masing-masing. Rizman Nordin telah mendirikan rumah tangga pada  tahun lalu bersama seorang usahwan bernama Nurida Suraya. Manakala, Ruzaini pula lebih awal mendirikan rumah tangga berbanding Rizman pada tahun 2016 bersama Deqda.

Pada tahun ini, Rizman dan Ruzaini telah memperkenalkan pasangan mereka untuk menjadi model rekaan mereka sempena lebaran tahun ini. Belum ini, koleksi lebaran Rizman Ruzaini pernah menampilkan selebriti popular sebagai ‘muse’ antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nasha Aziz, Nur Fazura, Erra Fazira dan ramai lagi.

Jika sebelum ini kita sudah melihat Rizman berkongsi gambar isterinya memakai baju hasil rekaannya. Kali ini, kita dapat melihat pula isteri Ruzaini, Deqda bergandingan bersama Nurida. Deqda yang  tampil mengenakan rekaan suaminya sendiri, kelihatan sangat cantik dan anggun.

Iktui perkongsian di bawah ini :

Wajah Deqda menjadi muses telah mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen netizen adalah :

” Model uols yg ni cantik2.. “

” Untung wife cantik.. Lepas ni terus sign contract permanent model for RR.. “

” Cantiknya Dekda. .”

” Segak nye Ida.. “

” Waahhh cantik nyaa.. “

” Cantikkk dan ayu nyaaaa Deqda ada iras Nelydia Senrose.. “

Alahai.. Manis betul model Rizman Ruzaini ni. Dua-dua comel. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Rizman Ruzaini sentiasa terus maju jaya dalam bidang fesyen tanah air, segala urusan sentiasa dipermudahkan dan bahagia bersama-sama isteri-isteri tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rizmanruzaini

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..