” Uniknya ejaan nama baby, tahniah Aidil dan isteri.. ” – Netizen
Kongsi Nama Dan Gambar Puteri Pertamanya, Ramai Yang Memuji Keunikan Nama Anak Perempuan Aidil Zafuan. Wahh Memang Lain Dari Yang Lain, Baby Pun Comel !!
Pada 27 Disemeber lalu, pemain bola sepak Johor Darul Ta’azim (JDT) iaitu Aidil Zafuan telah menyambut kelahiran anak ketiganya iaitu seorang bayi perempuan. Perkongsian berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh Aidil menerusi akaun Instagramnya.
Terbaru, selepas beberapa minggu berkongsi kelahiran puterinya, Aidil akhirnya telah berkongsi nama dan sekeping foto bersama anak perempuannya menerusi hantaran terbaru di Instagram. Semestinya posting Aidil itu telah mendapat perhatian ramai.
Aidil dan isterinya, Zarema Zainal telah memilih nama buat anak mereka iaitu Ayzeza Zelyca. Nama bayi pasangan ini turut menjadi bualan netizen. Ada yang memuji bahawa ejaan anak Aidil dilihat sangat unik dan sedap di dengar.
Hingga kini perkongsian gambar dan nama anak Aidil telah mendapat lebih 21 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Selain itu, masih lagi ada lagi yang tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat pasangan ini setelah mendapat cahaya mata perempuan.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memuji keunikan pilhan nama anak ketiga Aidil dan dalam masa yang sama turut menitipkan kata doa buat si kecil tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Allah cantik nama, sedap pula bila ejaan macam tu. Semga membesar dgn sihat yaa Zelyca, jadi anak yang baik.. “
” Tahniah Aidil dan wife. Bestnya dapat dah baby girl. Sedap betul pilihan nama anak kali ni, betul-betul unik.. “
” Lagumna nak sebut nama baby cute ni? Tahniah Aidil. Special betul nama anak noh, semoga baby sentiasa sihat.. “
” Nme melayu Azizah Zalika tapi ejaan omputih, hebat. Moga membesr gn siht menjadi penyeri kehidupan dadda dan mummy.. “
” MasyaAllah mcm mana nak menyebutnya tu unik sunggoh, semoga menjadi anak yg solehah buat kedua ibu bapa.. “
” Tahniah Aidil & wife. Chomel baby, uniknya ejaan nama baby. Semoga anak perempuan Aidil ini menjadi anak yang solehah.. “
” Semoga membesar dgn sihat dan bijak baby AZ, congrates Aildil dan kak Zarema. Berbel1t lidah nk sebut, unik sangat, haha. Tp comei.. “
Sedikit info, Aidil dan Zarema telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Aydeen Zeeyad dan Ayres Zachary sebelum ini. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Aidil serta isteri atas kelahiran anak ketiga mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aidil Zafuan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..