” Bagusnya English Aafiyah, aku pun kalah.. ” – Netizen

Teruja Dapat Melihat Bilik Tema Barbie, Celoteh Siti Aafiyah Buat Ramai Yang Terhibur. Amboi Siap Speaking English Lagi Aafiyah, Clever Girl. Part Tep0k Dahi Tu Comel, Excited Sangat Tu !!

Meninjau akaun Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza, telah dikongsikan detik-detik menarik ketika Dato’ Siti membawa anak sulungnya, Siti Aafiyah ke bilik penginapan mereka di Grand Hyatt Kuala Lumpur beberapa hari yang lalu.

Cerita Dato’ Siti, hati seorang ibu cukup bahagia apabila dapat melihat anaknya gembira. Keterujaan Aafiyah dan keseronokannya ketika melihat bilik bertema kartun Barbie membuatkan Dato’ Siti gembira.

Kata Dato’ Siti lagi, semenjak diberitahu bakal menginap di bilik Barbie, saban hari anak kecil ini bertanya bila mereka akan bermalam di sana. Lihat sahaja dari sedutan video yang dipaparkan, Aafiyah memang excited dan banyak sekali celotehnya.

Ungkapan kata yang keluar daripada mulut Aafiyah memang tidak disangka oleh Dato’ Siti. Selalu mendengar Aafiyah bercakap dalam bahasa Melayu, kali ini peminat disajikan dengan ayat-ayat English Aafiyah yang cukup wow.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat comel oleh Aafiyah ini telah mendapat perhatian daripada peminat. Bukan main lagi ye Aafiyah, ‘ Oh my goodness ‘ tu paling comel dengar. Antara komen-komen peminat :

” Haha oh my goodness, aafiyah aafiyah. Kita yang mak mak pun teruja tengok, Aafiyah yang comel dan petah speaking. Impressed dengan English Aafiyah. Keep it up.. “

” Comel je dia sebut oh my goodness tu. Seronoknya Aafiyah ye, alhamdulillah rezeki Aafiyah. Kita tumpang happy tengok Aafiyah happy. clever girl tau.. “

” Kenapa makin ger4m tengok Aafiyah ni. Pandai sangat Aafiyah speaking English ye, kita lak teruja tengok Aafiyah teruja macam ni.. “

” Keluar speaking English terus Aafiyah, excited betul tu nampak bedroom Barbie. Oh my goodness tu cute betul dengan reaksi mukanya.. “

” Aafiyah, youtuber sangat ni haha. Oh my goodness tu tak menahan, comel siap tep0k tep0k dahi Aafiyah punya excited.. “

” Aafiyah slang London, oh my goodness lagi. Bijak sangat Aafiyah ni. Bagusnya bahasa English Aafiyah, aku pun kalah.. “

” Wah Aafiyah masuk bilik Barbie terus jd Barbie. oh my goodness oh my goodness haha. cute Aafiyah, makin bijak mulut dia.. “

Seronok Aafiyah apabila impiannya tercapai, memang ‘syurga’ kanak-kanak dapat stay dalam bilik serba pink dipenuhi barangan Barbie. Aafiyah gembira, ibu pun bahagia dan peminat juga turut merasai keterujaan Aafiyah. Happy selalu dan stay safe Aafiyah sayang.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ctdk, Youtube Channel Siti Nurhaliza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..