” Tunggu Bunga dapat kaki nanti baru sak1t pinggang Tok Sidang, haha.. ” – Netizen

Video Terbaru Jinggo Bersama Cucunya, Bunga Elhaq Cur1 Perhatian Ramai. Wah Dadda Belikan Bunga Walker Lah. Comel Betul Reaksi Wajah Bunga Dengan Kaki Tergantung Tu. Dadda Tak Sabar Tunggu Bunga Jalan Ye !!

Bunga Elhaq merupakan cucu sulung buat pengarah terkenal, Jinggo atau lebih mesra dengan panggilan Tok Sidang. Menggelarkan dirinya Dadda, Tok Sidang memang akrab dan rajin mengasuh cucunya ini.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Jinggo, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bunga diletakkan dalam walker. Cerita Tok Sidang di kapsyennya, lambat betul kaki Bunga hendak panjang dan ini membuatkan kaki Bunga kelihatan tergantung apabila duduk dalam walker tersebut.

Comel sahaja reaksi wajah Bunga, mesti Bunga merasa pel1k kenapa kakinya tidak menjejak ke lantai. Nampaknya Dadda betul-betul tak sabar hendak tunggu Bunga berjalan. Apabila Bunga dapat kaki nanti, pasti berpeluh Tok Sidang hendak mengejar Bunga pula, hehe.

Wajah comel Bunga ini sering dikatakan oleh warganet seiras seperti nanna nya, Sheila Rusly dan juga daddynya, Haq. Namun bagi Tok Sidang, raut wajah Bunga seperti orang Jepun dengan kulit putih melepaknya itu.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telahpun direkodkan untuk video Bunga ini. Antara komen-komen warganet yang dapat kami kongsikan :

” Tunggu cucu dadda Dapat kaki Nnti Bru tau haha. Bunga ni comel sangat ni.. semoga sentiasa dilindungi dan jadi anak yg baik serta solehah.. “

” Haha comel Bunga, setengah walker boleh turunkan ke bawah lagi tok sidang. Bawok nyabo, jap lagi dapat kaki jenuh mengejornya haha.. “

” MashaAllah sabar TS sabar haha. Biar Bunga still kecilacam tu nanti rindu wooo dia Macam, kaki dah sampai nanti TS sak1t pinggang mengejar bunga. pepepon bunga Macam anak Orang jepun gebu sangat.. “

” Nanti dah panjang kaki dia risau dadda pulak tak terkejar haha. Tu nampak ligat betul kaki tergantung pun, tanda-tanda bakal membuas tu dadda.. “

” Hehe pasrah je muka Bunga bila kena bul1 haha. Bestlah Bunga dapat kereta, lepas ni boleh round 1 rumah hehe.. “

” Boleh berkaki jenuh le DadDa mengejor ke sana ke mari. tak yah kuar jogingg dah yoep, confirm berpeluh.. “

” Nanti bunga udah dapat kaki tak larat nak ngjor nya hehehe.. Ger4m teman nengok cucu tok sidang ni.. Lawo bebeno.. “

Tentu meriah nanti apabila Bunga dapat berjalan, waktu ini Tok Sidang tak perlu keluar jogging lagi. Seperti kata warganet, cukup Tok Sidang mengejar Bunga sahaja. Apa-apa pun, semoga Bunga terus membesar dengan sihat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jinggo Tok Sidang, IG Bunga Elhaq

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..